Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Bekas Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim berkata ketidaktentuan perundangan dalam kes berkenaan serta apa yang disifatkannya sebagai pengkriminalan golongan profesional menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur dan komuniti perniagaan.
Transcript
00:00Bekas Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim, mendakwa pelabur berpotensi semakin bimbang terhadap risiko perundangan di negara
00:10itu, susulan kes rasuah berprofil tinggi dihadapinya.
00:14Perkara itu dinyatakan beliau ketika mengemukakan rayuan pemilaan terakhir di sebuah mahkamah di Jakarta pada Selasa.
00:23Menurut Nadiem, ketidaktentuan perundangan dalam kes berkenaan serta apa yang disifatkannya sebagai jenayah golongan profesional menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur
00:33dan komuniti perniagaan.
00:35Pendakwa raya sebelum ini mendakwa Nadiem terlibat dalam perolehan komputer riba ketika pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerugian negara.
00:45Susulan itu beliau berdepan hukuman penjara 18 tahun atas dawaan itu.
00:49Pendakwa raya turut mendakwa beliau menetapkan spesifikasi tender yang hanya sesuai dengan sistem krom bagi menjadikan Google sebagai pengawal tunggal
00:58ekosistem pendidikan di Indonesia.
01:01Bagaimanapun ketika memberi keterangan di hadapan panel hakim, Nadiem menafikan penglibatannya dalam kes berkenaan dan mempertikaikan dawaan, harga yang dibayar
01:11adalah lebih tinggi daripada sepatutnya.
01:14Beliau berkata saksi dan pakar yang memberi keterangan sebelum ini menyatakan tiada kerugian negara, pelanggaran undang-undang atau unsur memperkayakan
01:24diri sendiri, pihak lain atau syarikat.
01:26Dalam kenyataannya di mahkamah, Nadiem berkata golongan profesional muda kini bimbang mereka boleh menjadi mangsa seterusnya, manakala komuniti perniagaan melihat
01:36kes tersebut sebagai satu tindakan yang tidak baik kerana tidak memahami mengapa ia dibawa ke perbicaraan.
01:44Setakat ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara sehingga 4 tahun 6 bulan terhadap 3 individu yang mempunyai kaitan dengan kementerian
01:53berhubung kes berkenaan termasuk seorang perunding teknologi yang dijatuhi hukuman bulan lalu.
02:00Banyak juga yang tersinggung kerana mereka merasa tidak dihargai.
Comments

Recommended