00:00Kabinet Thailand pada selasa meneruskan projek alam sekitar bersama Malaysia yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, meningkatkan keselamatan air dan memulihkan
00:09ekosistem di lembangan Sungai Golok.
00:12Inisiatif yang mendapat sokongan dana sebanyak 4 juta dolar Amerika atau bersamaan 15.9 juta ringgit daripada kemudahan alam sekitar
00:21global GEF itu akan dilaksana dalam tempoh 48 bulan dengan sokongan pertubuhan makanan dan pertanian pertubuhan bangsa-bangsa bersatu FAO.
00:34Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Press Viva Tanah berkata projek itu dibangunkan secara bersama oleh Pejabat Sumber Air Kebangsaan Thailand dan
00:43Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk menambah baik pengurusan banjir.
00:48Kerjasama itu turut merangkumi usaha menangani hakisan tebing sungai serta memperkukur pengurusan sumber air merentas sempadan di lembangan Sungai Golok.
00:57Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Kabinet pada Selasa, beliau berkata projek ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukur keselamatan
01:06alam sekitar dan memastikan pengurusan mampan bagi sumber air yang dikongsi bersama.
01:11Lalida berkata inisiatif berkenaan akan meningkatkan kerjasama dua hala melalui pembangunan pangkalan data bersama, penilaian risiko banjir dan kemarau serta
01:21pelan tindakan strategik bersama untuk lembangan sungai itu.
01:24Katanya ia juga akan mempromosikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bagi memulihkan ekosistem dan mengurangkan kesan cabaran alam sekitar terhadap
01:35komuniti di dalam lembangan berkenaan.
01:38Sungai Golok membentuk sebahagian daripada sempadan semula jadi antara selatan Thailand dan utara semenanjung Malaysia dan sering terkesan oleh banjir
01:46bermusim yang menjejaskan komuniti di kedua-dua belah sempadan.
Comments