00:00Selain itu, isu ini menjadi kebimbangan sejak sekian lama, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global.
00:04Kita menyaksikan negara-negara seperti Australia yang memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat baru-baru ini berkenaan dengan penggunaan media
00:10sosial dalam kalangan kanak-kanak atau remaja.
00:14Dan ini mungkin membangkitkan atau meningkatkan lagi kebimbangan ibu bapa atau penjaga di luar sana berkenaan dengan keganasan yang sering
00:21memangsakan kanak-kanak khasnya.
00:23Kes keganasan seksual berkaitan konflik meningkat lebih dua kali ganda di peringkat global pada 2025 tahun lepas berbanding tahun 2024.
00:33Ini menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB yang dilaporkan oleh agensi berita Xinhua hari ini.
00:39PBB berkata kes-kes ini banyak menyasarkan wanita dan juga kanak-kanak perempuan.
00:45Sebanyak 9,788 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 4,617 kes pada 2024.
00:54Malah laporan itu berkata sebahagian besar kes masih tidak diketahui dan kurang dilaporkan.
01:00Tambahan lagi katanya, zon konflik atau konflik yang berterusan di zon-zon tertentu, perasaan yang tidak selamat dan juga sekatan
01:06ekses kemanusiaan turut menghalang pelaporan dan dokumentasi kes seperti ini.
01:11Dan ini dilemahkan lagi dengan penarikan misi dan juga pemotongan peruntukan.
01:16Di mana inisiatif perlindungan wanita sering menjadi sasaran pemotongan bajet.
01:21Sebanyak 77 pihak seperti yang kita lihat di sana, termasuk pelaku negara dan bukan negara, state and non-state actors,
01:29disenaraikan untuk kes keganasan seksual dalam laporan kali ini.
01:3321 daripadanya adalah negara yang sedang dilanda konflik.
01:37Dua pelaku negara baru dimasukkan dalam senarai terbaru ini.
01:42Tentera Israel dan tentera Rusia.
01:45Ini adalah data dan juga statistik terkini berkenaan dengan keganasan seksual yang khasnya melibatkan wanita dan juga kanak-kanak setibiasa.
01:52Lebih komprehensif dan penuh, anda boleh baca di astroawani.com.
01:56Terima kasih.
Comments