00:00Penaikan pembayaran geran khas interim bagi Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion
00:07membuktikan komik memperterusan Kerajaan Persekutuan dalam menangani tuntutan hak negeri itu secara bertanggungjawab.
00:15Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata
00:19itu merupakan peningkatan mendadak berbanding RM26.7 juta yang diterima Sabah pada 2021 dan dekad-dekad sebelumnya.
00:30Beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, di bawah petabiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini
00:37rakyat menyaksikan peningkatan ketara dari tahun ke tahun iaitu RM125.6 juta pada 2022, RM300 juta pada tahun 2023 dan
00:482024
00:49serta RM600 juta pada 2025 dan 2026 sebelum disusuli dengan pengumuman kenaikan bayaran interim
00:58kepada RM1.5 bilion.
01:01Mustafa berkata isu tuntutan 40% hasil Sabah telah berlarutan selama puluhan tahun
01:07dan ia menuntut komitmen politik yang kukuh serta kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
01:13untuk diselesaikan sepenuhnya.
01:16Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa perjuangan menuntut hak Sabah akan diteruskan sehingga penyelesaian yang lebih menyeluruh dan mutamat dicapai
01:23selaras dengan Semangat Perjanjian Malaysia 1963 MA63 serta perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
01:34Justeru, beliau menyarankan pendekatan yang matang, berhemah dan berpandangan jauh terus diaplikasikan
01:41bagi memastikan hak Sabah dapat direalisasikan tanpa menjejaskan kestabilan serta hubungan baik dalam Persekutuan Malaysia.
Comments