Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian (OSC) Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menyeru semua golongan dewasa yang dipertanggungjawabkan menjaga kanak-kanak supaya memikul tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka di alam maya.
Transcript
00:00Baik, selanjutnya, Pegurusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian OSC, Tansri Hasnah Muhammad Hashim, menyeru semua golongan dewasa yang dipertanggungjawabkan menjaga kanak
00:10-kanak supaya memikul tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka di alam maya.
00:18Kata beliau, tanggungjawab melindungi kanak-kanak tidak seharusnya dipikul ibu bapa semata-mata. Sebaliknya, ia turut melibatkan guru, pengasuh dan
00:26ahli keluarga termasuk ibu saudara serta bapa saudara selain masyarakat secara keseluruhannya.
00:32Beliau turut menekankan keperluan meningkatkan kesedaran awam dan tanggungjawab kolektif dalam melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi, penderaan serta kandungan berbahaya
00:42dalam talian selain pengabayan dan bentuk layanan buruk yang lain.
00:46Mengulas risiko yang dihadapi kanak-kanak di alam maya, Hasnah berkata ibu bapa dan penjaga sah perlu memainkan pandang lebih
00:52aktif dalam memantau aktiviti dalam talian anak-anak mereka, terutama ketika golongan itu semakin celik digital pada usia yang muda.
01:01Katanya kanak-kanak berusia 9 tahun hari ini mungkin lebih mahir daripada remaja. Dengan pelbagai risiko di media sosial, ibu
01:09bapa atau penjaga sah perlu memantau dan lebih peka terhadap apa yang dilihat oleh anak-anak mereka.
01:16Katanya OSC yang bertindak sebagai badan berkecuali di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau ONSA, ONSA, akan mencadangkan langkah
01:24dan garis panduan sewajarnya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, untuk memperkukuhkan keselamatan dalam talian serta accountability platform digital.
01:35Terima kasih telah menonton!
01:40Terima kasih telah menonton!
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended