00:07Penerbangan bukan sekadar membawa penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
00:14Ia menghubungkan pelancongan, perdagangan dan pekerjaan serta menjana aliran pertukaran asing untuk negara.
00:21Namun apabila tekanan global mula menguji industri ini, implikasinya turut menjala ke seluruh ekonomi Malaysia.
00:30Wartawan Kanan Firdaus Azil melaporkan.
00:44Setiap ketibaan pelancong ke Malaysia membawa kesan berlipat ganda kepada ekonomi.
00:49Hotel, restoran, pengangkutan, peruncitan semuanya bergerak serentak.
00:56Penerbangan juga menjadi tulang belakang perdagangan bernilai tinggi dan rantaian bekalan global.
01:02Industri pelancongan sahaja mencatat antara penyumbang terbesar kepada KDNK dan petukaran asing negara menjadikan penerbangan satu infrastruktur ekonomi yang kritikal.
01:13Namun konflik Asia Barat khususnya perang Iran telah mengubah lanskap penerbangan global.
01:20Ruang udara terganggu, laluan memanjang, kos operasi melonjak.
01:26Apabila penerbangan berdepan tekanan, kesannya bukan sahaja kepada syarikat penerbangan tetapi kepada pelancongan, perdagangan dan keyakinan pelabur.
01:36Penganalisis penerbangan Syukur Yusof menyifatkan tekanan ini sebagai krisis struktur kepada sistem penerbangan global.
01:44Sekali industri penerbangan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia waktu ini menghadapi tekanan yang amat berat dan berterusan
02:00akibat krisis bahan minyak jet fuel yang telah tercetus akibat peperangan di Iran.
02:09Jadi pada waktu ini saya boleh tafsirkan bahawa struktur penerbangan di Malaysia dan juga di rantau ini boleh dikatakan retak
02:22ataupun fractured
02:24disebabkan harga minyak yang sangat-sangat mahal menyebabkan keadaan yang tidak seimbang di market, di pasaran.
02:37Jurang harga minyak mentah dan bahan api jet kini lebih dua kali ganda berbanding sebelum konflik.
02:44Sebelum 28 Februari lebih kurang 60-70 dolar Amerika setong.
02:54Apabila peperangan tercetus di Iran maka dengan serta-merta harga itu melonjak lebih daripada 80-90 untuk hari pertama, hari
03:10kedua
03:11dan terus melambung lagi dengan berterusan di mana kita lihat sekarang ini harga minyak mentah lebih kurang 107-108
03:23mencecahi 110 dolar Amerika setong.
03:29Dan ini minyak mentah dan krisis ini telah menunjukkan crack spread itu telah lebih meluas.
03:34It has become wider dan sekarang ini hingga 100% hampir 100% ataupun lebih.
03:44Dia sangat volatile tiap hari dia berubah.
03:46Jadi kita ambil secara agregat ia lebih 100% more than double lebih dua kali ganda.
03:58Melalui tulisannya dalam portal DH, mantan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif
04:03Kumpulan Malaysia Aviation Group MAG, Kapten Dato' Izham Ismail melihat krisis ini bukan sekadar cabaran
04:11tetapi peluang strategik.
04:13Ia menghubungkan Malaysia dengan ekonomi global memastikan aliran perdagangan,
04:18rantaian bekalan dan pergerakan modal terus berjalan.
04:21Sebab itu, tegas Kapten Izham lagi, tekanan kos penerbangan tidak boleh dilihat sebagai isu operasi semata-mata.
04:30Jika kos ini dibiarkan berpindah sepenuhnya kepada pengguna atau pasaran,
04:35kesannya akan melangkaui lapangan terbang,
04:39menjejaskan daya saing pelancongan,
04:41meningkatkan kos perdagangan
04:42dan akhirnya menghakis keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi negara.
04:48Maka persoalan yang tinggal ialah
04:51siapa yang seharusnya menyerap kejutan kos global ini
04:54dan apakah pilihan dasar yang realistik untuk memastikan Malaysia kekal terhubung,
05:01berdaya tahan dan kompetitif?
05:03Jawapannya dalam episod 2 akan datang.
05:08Sampai jumpa di video selanjutnya.
05:09Terima kasih.
05:10Sampai jumpa di video selanjutnya.
05:10Terima kasih.
Comments