Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sentimen pelabur asing terhadap Bursa Malaysia kekal berhati-hati apabila institusi asing meneruskan aktiviti jualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut dengan aliran keluar berjumlah RM912.6 juta.
Transcript
00:00Sentimen pelabur asing terhadap Bursa Malaysia kekal berhati-hati apabila institusi asing meneruskan aktiviti jualan bersih bagi minggu kedua berturut
00:07-turut dengan aliran keluar berjumlah RM912.6 juta.
00:12Menurut MBSB Research sepanjang minggu dagangan lalu, pelabur asing merekodkan jualan bersih pada kesemua lima hari dagangan dengan aliran keluar
00:22terbesar dicatatkan pada Rabu sebanyak RM329.2 juta.
00:30Dari segi sektor, hanya tiga sektor berjaya menarik minat belian asing iaitu sektor teknologi yang mencatat aliran masuk bersih RM79
00:39.2 juta diikuti pengangkutan dan logistik RM50 juta serta tenaga RM1.3 juta.
00:47Sebaliknya sektor produk dan perkhidmatan pengguna merekodkan aliran keluar asing tertinggi sebanyak RM347.4 juta, diikuti utiliti RM214.7 juta
01:01dan penjagaan kesihatan RM180.7 juta.
01:06Dalam pada itu, institusi tempatan terus memainkan peranan sebagai penyokong utama pasaran apabila melanjutkan aktiviti belian bersih kepada enam minggu
01:15berturut-turut dengan jumlah aliran masuk RM572.9 juta.
01:22Pelabur runcit turut kekal aktif apabila mencatat belian bersih bagi minggu kedua berturut-turut berjumlah RM339.7 juta.
01:32Dari sudut aktiviti dagangan, purata volume dagangan harian ADTV meningkat merentasi semua kategori pelabur dengan institusi asing mencatat kenaikan tertinggi
01:43sebanyak 7.3% diikuti institusi tempatan 5.5% dan pelabur runcit 0.7%.
01:53Perkembangan itu menunjukkan sentimen pelabur domestik masih kekal menyokong pasaran tempatan walaupun pelabur asing terus mengambil pendekatan berhati-hati.
Comments

Recommended