Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Inisiatif baharu KWSP menerusi i-Legasi dilihat mampu mengubah pendekatan simpanan persaraan daripada fokus individu kepada perlindungan kewangan keluarga merentas generasi, sekali gus membantu golongan muda membina simpanan yang lebih kukuh pada masa hadapan.
Transcript
00:00Inisiatif baharu kumpulan wang simpanan pekerja KWSP menerusi AI Legacy dilihat berpotensi mengubah penekatan simpanan persaraan daripada sekadar tumpuan kepada
00:12individu kepada perancangan kewangan lebih menyeluruh buat keluarga.
00:16Pakai ekonomi berpandangan, langkah itu mampu menjadi satu bentuk intervensi bagi membantu generasi muda membina simpanan persaraan lebih kukuh pada
00:26masa hadapan.
00:29Menerusi AI Legacy, ahli KWSP yang mencapai umur pengeluaran penuh dan mempunyai simpanan melebihi tahap simpanan mencukupi boleh memindahkan sebahagian
00:37simpanan kepada pasangan atau anak-anak.
00:40Ketua Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad, Dr. Afzan Nizam Abdul Rashid menyifatkan langkah itu sebagai satu usaha memperkukuh daya
00:47tahan kewangan merentas generasi.
00:49Ia merupakan satu pemindahan simpanan daripada generasi yang hampir besar dan dipindahkan sebahagiannya kepada generasi yang muda.
01:02Dan mungkin dalam konteks keluarga, mungkin kita bercakap tentang hubungan antara ibu bapa dan juga anak-anak.
01:08Dan seperti yang kita sedia maklum, cabarannya adalah untuk memastikan kalau boleh simpanan semua ahli KWSP itu dapat mencapai apa
01:20dikatakan sebagai simpanan mencukupi, iaitu buat masa ini nilai ambangnya adalah RM650,000.
01:26Beliau berkata, cabaran mencapai simpanan persaraan yang mencukupi masih berkait rapat dengan tahap pendapatan dan keupayaan menyimpan dalam kalangan rakyat,
01:35terutamanya golongan muda.
01:37Justru katanya, iLegasi dilihat sebagai satu ikhtiar dalam skop peranan KWSP untuk membantu meningkatkan simpanan ahli.
01:45Dalam skop yang ada itu, KWSP cuba membuat satu intervensi supaya nasib ahli KWSP apabila mereka besar berada dalam keadaan
01:55lebih baik.
01:56Tapi secara big picture-nya, sebenarnya banyak sebenarnya ahli polisi-polisi ataupun rakyat-rakyat yang perlu digarap supaya pertamanya tangga
02:06gaji rakyat Malaysia akan dapat ditingkatkan.
02:08Kemudian dari segi aspek literasi keuangan, kemudian dari segi sumbangan gaji kepada ekonomi itu perlu ditingkatkan.
02:17Terdahulu, KWSP mengumumkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuh kesejahteraan persaraan ahli, termasuk pengenalan iLegasi, penjenamaan semula kaedah bayaran bulanan bagi pengeluaran
02:27umur 55 atau 60 tahun sebagai IEMAS, serta pelancaran kalkulator matlamat persaraan.
Comments

Recommended