00:00Sebanyak 99,128 tiket feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi, Dua Hala, telah terjual setakat ini bersempena
00:09sambutan Aidiladha dan cuti sekolah.
00:12Pengurus Operasi Konsortium Langkawi Feri Line Ventures, Sendirian Berhad, Lieutenant Commander B, Nur Hafiz Abdul Wahid berkata,
00:20120 perjalanan yang dirancang dan 53 tambahan tersedia mulai 21 Mei hingga 7 Jun depan.
00:29Menerusi satu kenyataan, beliau berkata dianggarkan 100,000 orang pengunjung akan menggunakan perkhidmatan feri penumpang dengan memasuki kedua-dua laluan
00:36iaitu Langkawi Kuala Kedah Langkawi dan Langkawi Kuala Perlis Langkawi.
00:41Sebanyak 99,128 tiket telah terjual melalui penjualan tiket atas talian, kaunter dan tempahan.
00:49Pengoperasian feri penumpang bermula 7 pagi hingga 7 malam akan dilanjutkan hingga 10 malam
00:54tertakluk kepada permintaan penjualan tiket atas talian yang tinggi.
00:58Beliau berkata, walaupun dengan krisis geopolitik global dan kos bahan bakar yang tinggi,
01:03ia tidak menjejaskan pengunjung untuk memasuki Pulau Legenda itu
01:06dengan memilih pakej percutian yang terdapat di Langkawi.
01:10Beliau turut menasihatkan pengunjung membeli tiket di atas talian
01:12menerusi aplikasi cuti-cuti Langkawi bagi mengelakkan tiket kehabisan.
01:17Kata Lorhafiz, pihaknya akan pastikan pengoperasian feri penumpang
01:20berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi
01:22sepanjang musim cuti sekolah dan Aidil Adha.
Comments