Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki bersama empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan membunuh adik lelaki kandungnya di kawasan Tanjung Rambutan, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Tertuduh, SK Siri Sakti Vell, 22, bersama K Thiruchelvan, 33; Shashipal Singh Manmuhan Singh, 36; N Thaneshwaran, 24; dan P Ukenthiran, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780705/berita/semasa/abang-empat-rakan-didakwa-bunuh-adik

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #Mahkamah #Ipoh

Category

🗞
News
Transcript
00:01Seorang lelaki bersama empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Magistri Ipoh pada rabu atas petuduhan membunuh adik lelaki kandungnya di kawasan
00:09Tanjung Rambutan.
00:10Minggu lalu, kesemua tertuduh berusia antara 22 hingga 36 tahun.
00:15Menganggup faham selepas petuduhan dibacakan dalam bahasa tamir dihadapan Magistri Nurizan Ridwan.
00:20Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
00:23Mereka didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas membunuh SK Krishnan bersia 18 tahun di kawasan berhampiran sebuah
00:31kuil di Tanjung Rambutan dalam daerah Kinta antara jam 1 hingga 4 pagi pada 12 Mei lalu.
00:37Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:41Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Zaria Sofia Zainuddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
00:47Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen, laporan perubatan dan bedah siasat pada 20 Julai depan.
00:54Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Najib Hamzah dalam satu kenyataan memaklumkan
01:00mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
01:06Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan hentakan kuat di kepala.
01:12Siasatan juga mendapati mangsa dipercaya dipukul secara beramai-ramai menggunakan tangan, kaki serta objek tumpul di kawasan itu sebelum ditemui
01:22di dalam kenderaan.
01:24Motif kejadian dipercaya berpunca daripada perselisihan faham berkaitan kegiatan mencuri kabel.
Comments

Recommended