Skip to playerSkip to main content
Di Tanah Suci yang dipenuhi lautan manusia datang menyahut panggilan Ilahi, ada satu perkara kecil tetapi cukup dekat di hati jemaah Malaysia, iaitu rasa masakan kampung yang mengingatkan mereka kepada rumah dan keluarga.

Sehubungan itu, seramai 19 cef dari Malaysia menjadi tulang belakang kepada usaha memastikan jemaah negara terus dapat menikmati hidangan bercita rasa Malaysia walaupun berdepan pelbagai kekangan bahan mentah di bumi Arab.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780440/berita/nasional/rindu-terubat-di-meja-makan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #Haji
Transcript
00:00Di tanah suci yang dipenuhi lautan manusia datang menyahut panggilan ilahi,
00:05ada satu perkara kecil tetapi cukup dekat di hati jemaah Malaysia,
00:10iaitu rasa masakan kampung yang mengingatkan mereka kepada rumah dan keluarga.
00:15Sehubungan itu, seramai 19 chef dari Malaysia menjadi tulang belakang kepada usaha memastikan jemaah negara
00:22terus dapat menikmati hidangan bercita rasa Malaysia
00:26walaupun berdepan pelbagai kekangan bahan mentah di bumi Arab.
00:30Dan Alhamdulillah, pada tahun ini kita ada 52 menu keseruhannya.
00:37Tambahan 10 menu baru untuk tahun ini berbanding tahun lepas.
00:41Dan antara menu yang kita tambah adalah nasi Arab.
00:46Nasi Arab adalah satu menu tambahan kita untuk tahun ini.
00:49Kita nak bagi juga flavor nasi Arab di tanah suci.
00:56dan Alhamdulillah, makanan yang disediakan di tanah suci ini kita cuba untuk sedaya upaya ada cita rasa Malaysia.
01:06Walaupun kita menggunakan premix tetapi kita sedaya upaya walaupun dengan keterbatasan bahan-bahan mentah
01:14yang kita mungkin tidak dapat bawa daripada Malaysia tetapi kita rasanya kita seboleh-bolehnya bawa cita rasa Malaysia
01:23dengan 52 menu keseruhannya.
01:26Dan menu ini, dia ada 2 pusingan sebelum wukuf dan 2 pusingan selepas wukuf
01:32di mana menu yang sama akan hanya dijumpai selepas 2 minggu.
01:38Kita tidak jumpa menu itu sehingga selepas 2 minggu.
01:41Kita jumpa menu yang sama.
01:43Itu itu nak memberikan kepelbagaian cita rasa lah kepada semah supaya dia tidak jemur.
01:51Menu yang sama.
01:53Dan sebenarnya tahun ini, inovasi yang terbaru yang diperkenalkan oleh Tabu Haji Travel adalah
02:02pak sajian makanan ini.
02:04pak sajian makanan ini di reka khas yang kita dapatkan daripada pembekal Bumi Putra di Malaysia.
Comments

Recommended