Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Jabatan Imigresen menahan 24 warga asing dalam Ops Gegar di Kota Raya selepas membongkar sindiket pelacuran yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tempatan dan asing.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia JIM menahan 24 warga asing dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran di Kota Raya Kuala Lumpur pada Rabu.
00:10Ketua Pengarah Imigresen Dato' Zakaria Syakban berkata,
00:13mereka yang ditahan terdiri daripada 9 wanita warga Indonesia, 7 wanita dan 5 lelaki Bangladesh serta masing-masing seorang lelaki
00:22Nepal, Indonesia dan Myanmar.
00:26Menurut beliau, risikan selama sebulan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti persundalan yang menyasatkan pelanggan dalam kalangan warga tempatan dan asing.
00:38Modus operandi ialah menawarkan perkhidmatan seks secara terus kepada pelanggan oleh penjaga premis di tingkat 3 dan 4 dengan kadar
00:46antara RM80 hingga RM120 bagi setiap sesi 15 minit.
00:51Wanita yang terlibat dipercayai bekerja secara berjadual dalam dua syif, 10 pagi hingga 8 malam dan 8 malam hingga 5
01:01pagi.
01:02Zakaria berkata, operasi sindiket itu turut dikawal ketat dengan penggunaan kamera lita tertutup CCTV selain dipantau oleh seorang lelaki tempatan
01:11yang dikenali sebagai Abang Longkawasan.
01:14Manakala pengurusan dalaman premis pula dikendalikan warga asing yang dikenali sebagai Kapten.
01:20Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke depo imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.
01:27Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6-1-C Akta Imigresen 1959 Palang 63 Tiada Dokumen Sah.
01:36Seksyen 15-1-C Tinggal Lebih Masa dan Peraturan 39-B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 Penyalah Gunaan PAS.
01:47Seksyen 15-2-C Tinggal Lebih Masa dan Peraturan Marin
Comments

Recommended