Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Pendakwa raya AS mengumumkan pertuduhan terhadap bekas Presiden Cuba, Raúl Castro, berkaitan penembakan jatuh dua pesawat awam pada 1996, yang mengorbankan empat individu, ketika Washington meningkatkan tekanan ke atas Havana.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pendakwa Raya Persekutuan Amerika Syarikat pada Rabu mengumumkan pertuduhan terhadap bekas Presiden Cuba Raul Castro berhubung dua insiden pesawat awam
00:10ditembak jatuh pada 1996.
00:13Pendakwaan mengaitkan Castro yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan Cuba sebagai antara dalang insiden terbabit.
00:21Pemerhati berpandangan, pendakwaan ini salah satu strategi pentadbiran Trump meningkatkan tekanan terhadap kerajaan sosialis negara itu.
00:29Pesawat berkenaan dikendalikan kumpulan pelarian Cuba berpangkalan di Miami.
00:35Siasatan terhadap Castro bermula sejak dekad 1990-an.
00:39Sejak 1995, pesawat yang dikendalikan anggota Brothers to the Rescue, sebuah kumpulan yang diasaskan oleh pelarian Cuba,
00:48sering terbang di atas Hawana sambil menggugurkan risalah yang menggesa rakyat Cuba bangkit menentang kerajaan Castro.
00:55Kerajaan Cuba membantah tindakan Amerika Syarikat dan memberi amaran akan mempertahankan ruang udara mereka.
01:03Pentadbiran penerbangan, Persekutuan FAA turut membuka siasatan dan bertemu pemimpin kumpulan tersebut
01:08untuk menggesa mereka menghentikan penerbangan menurut dokumen kerajaan yang dinyah klasifikasikan.
01:15Pada 24 Februari 1996, peluru berpandu yang dilepaskan oleh jet pejuang MIG-29 buatan Rusia
01:23menembak jatuh dua pesawat awam jenis Cessna yang tidak bersenjata berhampiran utara Hawana di luar ruang udara Cuba.
01:32Kesemua empat individu di dalam pesawat itu terbunuh.
01:35Terima kasih.
01:36Terima kasih.
Comments

Recommended