Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyelar tindakan Menteri Israel, Itamar Ben-Gvir yang didakwa memperlakukan aktivis flotila bantuan ke Gaza secara tidak berperikemanusiaan. Insiden tersebut mencetuskan kecaman antarabangsa termasuk desakan untuk memperluas larangan terhadap Ben-Gvir ke seluruh Kesatuan Eropah.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menyifatkan tindakan Menteri Israel Itamar Benvir menyeksa anggota flotila bantuan menuju ke
00:09Gaza sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
00:13Dalam satu antaran di PlatformX, beliau berkata, pentadbiran Sepanyol tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang memperlakukan rakyatnya secara
00:22tidak wajar.
00:24Tegas beliau, Sepanyol akan mendesak larangan sedia ada ke atas Ben Giver daripada memasuki negara itu diperluas segera ke seluruh
00:31Kesatuan Eropah-EU.
00:33Menteri Luar Sepanyol, José Manuel Albares, turut mengeluarkan kecaman lebih keras dan menyifatkan rakaman insiden tersebut sebagai kejam, tidak berperi
00:41kemanusiaan dan tidak bemaruah.
00:43Dalam video yang tular pada selasa, antara lain memaparkan polis Israel memaksa aktivis yang berada di atas flotila bantuan ke
00:50Gaza untuk melutut di atas tanah dalam barisan dengan tangan diikat ke belakang sementara Ben Giver hanya memerhatikan situasi tersebut.
00:57Tindakan itu mencetuskan kritikan daripada pemimpin luar negara serta dalam kalangan pemimpin Israel sendiri.
01:03Kesemua aktivis berkenaan ditahan selepas flotila mereka dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada selasa 19 Mei sebelum dibawa
01:10ke sebuah pelabuhan di Israel.
01:13Terima kasih telah menonton!
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended