00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengecam tindakan Israel membina kemudahan tentera di premis UNRWA di Baitul Magdis Timur.
00:09Jurucakap PBB Stephanie Dujarid berkata, setiausaha agung Antonio Guterres menegaskan bahawa kompleks tersebut kekal sebagai premis badan dunia itu walaupun
00:19telah dirampas oleh pihak berkuasa Israel pada Januari lalu.
00:24Guterres menegaskan langkah tersebut turut mengganggu pelaksanaan mandat agensi bantuan dan kerja bangsa-bangsa bersatu untuk pelarian Palestine UNRWA di
00:33wilayah Palestine yang diduduki termasuk Baitul Magdis Timur.
00:37Beliau berkata, tindakan itu berpotensi menjejaskan operasi kemanusiaan menghalang bantuan kepada pelarian Palestine serta mencabar prinsip undang-undang antarabangsa.
00:48Menurut kenyataan itu, Guterres turut merujuk kepada Pendirian Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ yang menyatakan Israel tidak berhak melaksanakan kuasa kedaulatan
00:58di wilayah Palestine yang diduduki.
01:01Langkah Israel itu dilihat melanggar kewajiban antarabangsa terhadap PBB serta keistimewaan dan imuniti organisasi tersebut.
01:09Sehubungan itu, setiausaha agung PBB menggesa Israel supaya menarik balik keputusan tersebut dan memulangkan semula kompleks UNRWA kepada PBB.
Comments