Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad, Datuk Kamal Ariffin A. Rahman berkata Skim Time-of-Use (ToU) memberi peluang kepada pelanggan untuk mengurus tenaga dengan lebih strategik mengikut waktu luar puncak bagi menikmati penjimatan.

Kemajuan teknologi digital yang diterapkan TNB ini memberikan fleksibiliti kepada rakyat Malaysia untuk bergerak ke arah gaya hidup lebih lestari.
Transcript
00:00Itu teknologi lah. Bila kita ada smart meter, smart meter itu akan hantar data-data kepada kita
00:06memberitahu bahawa bagaimanakah penggunaan kita setiap hari ataupun setiap bulan.
00:11Itu selain daripada smart meter, kita juga ada program yang kita panggil TOU, Time of Use,
00:16di mana dia menggalakkan pelanggan kita beralih penggunaannya kepada waktu luar puncak
00:23supaya mereka dapat penjimatan yang lebih.
00:28Di samping mereka berhemah, berjimat-jimat tapi bergerak juga ke arah penggunaan di waktu luar puncak.
00:37Masanya daripada 10 malam sehingga 2 petang setiap hari dan Sabtu dan Ahad dan public holiday.
00:44Maksud kalau kita di rumah dulu, kita tak bergerak ke TOU, dulu kita di rumah kita gunakan tenaga,
00:51charge dia biasa sahaja. Tapi kalau kita bergerak ke TOU, charge-nya lebih murah.
00:56pada hujung minggu. Jadi kita bolehlah duduk di rumah lama sikit, bersama keluarga dan sebagainya.
01:04Itu antara program-program yang skim-skim yang kita telah perkenalkan,
01:09selari dengan penggunaan teknologi yang membolehkan pelanggan melihat sendiri penggunaan mereka
01:15melalui MyTMB app dan kontrol.
01:18Jadi dalam aspek ini yang kita panggil empowerment kepada pelanggan.
01:22Terima kasih.
01:22Terima kasih.
Comments

Recommended