00:00Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulai berkenan menerima sembah menghadap Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Muhammad Radzi
00:09di Balai Menghadap Biru, Istana Araw pada Selasa.
00:12Istana Araw dalam kenyataan memaklumkan sesi menghadap itu mencerminkan hubungan erat yang terus terjalin antara institusi diraja Perlis dengan Jabatan
00:22Audit Negara
00:22dalam mendukung usaha memperkukuh takbir urus, integriti serta accountability dalam pentadbiran awam.
00:32Jelasnya pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi menzahirkan komitmen bersama terhadap pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan awam
00:40yang berteraskan prinsip ketelusan, kecekapan dan pengurusan kewangan yang berhemah.
00:46Selain itu pertemuan berkenaan menggambarkan iltizam berterusan semua pihak dalam memastikan amalan pengurusan kewangan dan pentadbiran yang cekap,
00:54telus serta berintegriti terus menjadi asas penting kepada kemajuan negeri Perlis.
00:58Astana Araw dalam kenyataan itu memaklumkan bahawa pendekatan itu selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh kepercayaan rakyat
01:05terhadap institusi kerajaan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
01:11Menurut kenyataan itu, usaha berterusan dalam memperkaskan takbir urus yang baik,
01:16diakini bukan sahaja mampu memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan,
01:20malam jadi pemangkin kepada pembangunan Perlis yang mampan, inklusif dan berdaya saing.
01:26Seiring dengan itu, sinergi antara institusi diraja dan agensi-agensi kerajaan akan terus memainkan peranan penting
01:32dalam memastikan negeri ini terus maju berlandaskan prinsip integriti, accountability serta kesejahteraan rakyat.
01:39Terima kasih.
Comments