Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Semakan keputusan kemasukan ke UA bagi lepasan STPM/setaraf dibuka mulai 12 tengah hari, 14 Ogos hingga 23 Ogos.
Transcript
00:00Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam menerusi UPU Online bagi lepasan STPM atau setaraf bagi sesi Akademik 2026-2027 akan
00:10diumumkan 14 Ogos ini.
00:13Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan semakan keputusan boleh dibuat mulai jam 12.30 Jumaat hingga jam 5 petang 23 Ogos Ahad
00:22menerusi portal UPU Online, UPU Pocket atau aplikasi MyGOV.
00:30Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran mulai 15 hingga 23 Ogos menerusi laman web
00:39Universiti Awam masing-masing.
00:41Surat tawaran rasmi pula akan dikeluarkan oleh Universiti kepada calon yang berjaya mulai 15 Ogos selepas pengesahan penerimaan dibuat.
00:49Sementara itu, hanya pemohon yang tidak berjaya menerima tawaran dibenarkan mengemukakan rayuan menerusi UPU Online dalam tempoh 10 hari bermula
00:58jam 12.30 Jumaat hingga jam 5 petang 23 Ogos.
01:04KPT menegaskan tawaran bagi sesi Akademik 2026-2027 adalah mutamat dan pemohonan pertukaran program pengajian atau Universiti Awam tidak dibenarkan.
01:14Pemilihan bagi rayuan pula terkakluk kepada kekosongan tempat dalam program pengajian selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended