Skip to playerSkip to main content
Tabung Haji terus memberi tumpuan kepada langkah-langkah perlindungan dan pengurusan jemaah bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan selamat.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
Transcript
00:00Menjelang ketibaan hari-hari Masya'i, persiapan Jemaah Haji kini giat diperkemaskan termasuk aspek kesihatan, keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi cuaca
00:11panas yang dijangka mencabar.
00:14Tabung Haji terus memberi tumpuan kepada langkah-langkah perlindungan dan pengurusan Jemaah bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih selesa
00:22dan selamat.
00:23Bagi perkembangan lanjut bersama Ehsan Yahya yang kini berada di Simposium Haji Jeddah.
00:31Terima kasih rakan di studio dan pastinya ini saya bawakan dari Jeddah Arab Saudi dan hari ini sebenarnya berlangsung Simposium
00:42Haji yang ke-50.
00:44Dan tahun ini sebenarnya amat bermakna Simposium tahun ke-50 penganjuran ini menjadikan platform penting dalam perbincangan, pengurusan, keselamatan, kebajikan
00:54dan juga penambahbaikan haji di peringkat antarabangsa.
00:58Kalau saya boleh kongsikan khususnya berkaitan dengan Simposium ini, ia bukan sahaja menghimpunkan pengendali dan juga pengurusan haji dari pelbagai
01:06negara tetapi dia juga antara menjadi medan pertukaran idea, pengalaman dan juga inovasi dalam memastikan pengurusan ibadah haji dapat diperkasa
01:16dan ditambahbaik secara khususnya.
01:18Dan kalau diibas kembali sepanjang perjalanan mungkin lebih kurang dalam sebulan ini telah kira 36,600 jemaah haji Malaysia telah
01:30pun sampai ke bumi Mekah Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah ini.
01:34Dan Alhamdulillah keadaan dan perjalanannya lancar buat setakat ini.
01:40Baik, selain daripada itu antara persiapan bagi musim haji ini yang diperkukuhkan menerusi beberapa elemen penting termasuk pengangkutan, penginapan, kebajikan,
01:49kesihatan, keselamatan serta bimbingan ibadah.
01:53Salah satu perkara lagi yang mungkin menjadi perhatian tabung haji khususnya adalah berkaitan dengan cuaca panas.
02:01Jabatan Meteorologi Arab Saudi sebelum ini menyatakan antara 47 ke 48 danjah Celsius menjelang hari wukuf antara cabaran besar dan
02:10cega cabaran utama untuk jemaah seluruh dunia.
02:14Bagaimanapun untuk kekal dihidrasi, jemaah dinasihatkan untuk sentiasa minum air walaupun rasa tak haus, tak dahaga dan sebagainya tetapi itu
02:24adalah penting untuk memastikan kestabilan badan sentiasa terpelihara.
02:29Baik, dalam masa yang sama peningkatan kemudahan dan juga teknologi antara yang memainkan peranan penting sepanjang perjalanan haji bagi tahun
02:38ini yang mana sistem pemantauan pergerakan jemaah terutamanya menjelang masyair,
02:42aplikasi digital seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sistem pengesanan yang sangat berkesan dan pengurusan data masa nyata dan kawasan aliran
02:52manusia di kawasan tumpuan.
02:54Dan ini sangat penting untuk memastikan bahawa keadaan dan juga kelancaran jemaah haji bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia seperti
03:02yang dinyatakan oleh kerajaan Arab Saudi ini dengan mengetatkan kawalan keselamatan dan sebagainya terus dipertingkatkan.
03:08Apapun, kebajikan dan keselamatan jemaah akhirnya adalah menjadi tunjang utama dalam memastikan bahawa haji 1447 hijrah ini berjalan dengan lancar
03:20dan baik.
03:21Bimbingan ibadah, rawatan kesihatan, bantuan kecemasan dan juga pengurusan logistik.
03:27Apa yang penting, menjaga disiplin, mematuhi arahan petugas, menjaga kesihatan serta saling membantu antara satu sama lain.
03:34Itu perkembangannya hari ini dan saya bawakan daripada Jeddah, perkembangan simposium ke-55 abad simposium haji bagi tahun 2026-1447
03:47hijrah.
03:48Sekarang dulu laporan saya Hassan Aya dan juga Hilal Azmi dari Jeddah kembali ke rakan di studio.
Comments

Recommended