00:00Rusia sedia membantu menyelesaikan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran
00:04melalui saluran diplomasi.
00:06Bagaimanapun, Moskow menegaskan ia tidak akan memaksa peranannya sebagai orang tengah.
00:15Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ratkov berkata,
00:18negara itu sedia memberikan semua bantuan yang mungkin
00:22dalam usaha meredakan ketegangan antara Washington dan Tehran
00:26sekiranya diminta kedua-dua pihak.
00:28Ratkov menegaskan Moskow kekal berpegang kepada pendekatan penyelesaian
00:33melalui saluran politik dan diplomatik tanpa menggunakan kekerasan.
00:38Beliau berkata Rusia sentiasa komited untuk mencari jalan penyelesaian secara aman
00:43dan mengalu-alukan sebarang usaha bagi menghidupkan semula rundingan
00:47antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:50Pendirian tersebut selari dengan dasar lama Rusia yang berulang kali menawarkan diri
00:54sebagai perantara dalam konflik berkaitan program nuklear dan ketegangan serantau yang menibatkan
00:59Iran. Dalam masa sama, Ratkov turut mengiktiraf peranan aktif Pakistan
01:04dalam membantu menstabilkan situasi dan memudahkan proses rundingan antara kedua-dua negara.
01:11Menurut beliau, usaha Islamabad dalam mewujudkan saluran komunikasi antara Washington dan Tehran
01:16dilihat sebagai langkah penting ke arah mencapai keamanan yang berkekalan.
01:21Penganalisis melihat tawaran Moskow sebagai usaha merpukukuh pengaruhnya dalam geopolitik Asia Barat
01:27selain mengelakkan konflik daripada berkembang menjadi krisis yang lebih besar.
Comments