Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan berkata polis sudah membuat persiapan rapi bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam terjamin sepanjang perlawanan tersebut.
Transcript
00:00Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan kekacauan atau provokasi sepanjang atau selepas perlawanan
00:09akhir Piala Malaysia 2025-2026 antara Johor Darul Takzim FC JDTFC dan Kuching CTFC pada Sabtu ini.
00:17Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Fadil Marsus dalam kenyataan pada Rabu berkata, polis telah membuat persiapan rapi bagi memastikan tahap
00:25keselamatan dan ketentraman awam terjamin sepanjang perlawanan itu.
00:31Katanya polis turut bekerjasama dengan pelbagai agensi dan jabatan bagi memastikan kelancaran pengurusan keselamatan sepanjang acara berkenaan.
00:40Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan tubuh badan dan barangan akan dilakukan petugas keselamatan di setiap pintu masuk stadium.
00:48Tambahnya pelbagai barangan dilarang dibawa masuk ke stadium yang boleh memudaratkan mana-mana individu atau pihak.
00:54Polis juga menasihatkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam ke stadium, mengelakkan laluan sekitar stadium.
01:02Orang ramai juga diingatkan mematuhi arahan pegawai dan anggota bertugas serta mengamalkan sikap berhemah dan bertolak ansur ketika menyaksikan perlawanan.
01:10Orang ramai juga tidak dibenarkan meletak kenderaan di bahu jalan sekitar stadium dan tindakan saman serta tunda akan diambil terhadap
01:17kenderaan yang menghalang lalu lintas.
01:19Fadil dalam kenyataan sama turut menjangkakan kehadiran 30,000 hingga 40,000 penyokong.
Comments

Recommended