Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Mohamed Akmal Dahalan berkata keputusan berkaitan penamatan program tidak boleh dibuat secara unilateral (sebelah pihak) kerana ia tertakluk kepada syarat dan peruntukan yang telah dipersetujui dalam perjanjian antara pihak terlibat.
Transcript
00:00Majlis Perbandaran Taiping memaklumkan dawaan pengabayan kebajikan 3 ekor gajah Asia iaitu Darah, Amoy dan Kelat, DAK di Zoo Tennoji,
00:10Jepun
00:10perlu disokong bukti munasabah sebelum penamatan program kerjasama boleh dipertimbang.
00:16Menurut yang dipertua MPT Muhammad Akmal Dahlan, keputusan berkaitan penamatan program itu tidak boleh dibuat secara unilateral atau sebelah pihak.
00:28Tegasnya program kerjasama melibatkan gajah DAK ini tertakluk kepada syarat dan peruntukan yang telah dipersetujui.
00:35Tambah Muhammad Akmal, pihak Zoo Tennoji bertanggungjawab memastikan aspek kebajikan, kesihatan, pemakanan, rawatan veterinar, keselamatan serta pengurusan harian gajah dilaksanakan
00:46mengikut piawayan dan amalan terbaik antarabangsa.
00:49mekanisme pemantauan turut dilakukan menerusi mesyuarat jawatan kuasa bersama dari semasa ke semasa.
00:55Pihak Zoo juga wajib menyediakan laporan tahunan berkaitan keadaan kesihatan dan pengurusan gajah.
01:01Berhubung isu ketelusan, salinan penuh perjanjian tidak boleh dikongsikan kepada umum kerana ia dokumen rasmi yang berstatus sulit.
01:09Ia tertakluk kepada obligasi perundangan serta profesional antara dua pihak, jawatan kuasa pilihan alam sekitar, sains dan perlandangan Parlimen Malaysia.
01:18Kini sedang meneliti perkara itu termasuk merancang lawatan ke Jepun bagi tujuan penelitian serta pengumpulan maklumat.
01:25Perjanjian kerjasama melibatkan gajah DAK ini berlangsung selama 25 tahun antara Zootennoji dengan Zootaiping and Night Safari yang diwakili MPT.
Comments

Recommended