Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kerajaan tidak melihat sebarang percanggahan dasar dalam cadangan penggunaan dokumen pengenalan rasmi termasuk MyKad bagi tujuan pengesahan umur di bawah langkah sekatan penggunaan media sosial untuk individu berusia bawah 16 tahun.
Transcript
00:00Kerajaan tidak melihat sebarang percanggahan dasar dalam cadangan penggunaan dokumen pengenalan rasmi termasuk MyCard
00:06bagi tujuan pengesahan umur di bawah langkah sekatan penggunaan media sosial untuk individu-individu berusia bawah 16 tahun.
00:13Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata penggunaan pengesahan identiti menerusi MyCard
00:19sudah menjadi amalan biasa di Malaysia terutama melibatkan perkhidmatan e-dompet dan pelbagai platform digital lain.
00:30pengesahan identiti itu dilakukan dengan menggunapakai dokumen rasmi kerajaan termasuk MyCard
00:37maka dari segi dasarnya kita lihat tidak ada percanggahan antara dasar untuk pelaksanaan pengesahan umur
00:48menggunakan dokumen rasmi kerajaan bila ada sektor-sektor lain dalam negara kita yang telah menggunapakai dasar yang sama.
00:57dari segi keserasian ataupun dari segi keselamatan data pribadi
01:07sudah pasti akta pelindungan data pribadi terpakai untuk tujuan mengendalikan data pribadi.
01:20Dalam pada itu Fahmi memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC akan mengadakan taklimat khusus kepada media
01:27berhubung carangan sekatan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun.
01:32Taklimat itu katanya membolehkan persoalan khusus termasuk aspek teknikal berhubung pelaksanaan carangan tersebut
01:38dijawab dengan lebih terperinci.
Comments

Recommended