Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
SPR menerima pemakluman status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh Speaker Dewan Rakyat, pada Rabu.
Transcript
00:00Tiada Pilihan Raya Kecil PRK, Parlimen Pandan dan Setia Wangsa akan dijalankan susulan tindakan bekas Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk
00:09Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengosongkan kerusi masing-masing.
00:15Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan
00:23luar jangka tersebut.
00:27Suruhanjaya Pilihan Raya SPR dalam satu kenyataan pada Rabu berkata perkara itu berdasarkan Perkara 54, Kurungan 1 Perlembagaan Peseketuan.
00:36Tambah kenyataan itu, SPR menerima pemakluman status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setia Wangsa oleh Johari pada Rabu.
00:45Menurut SPR, pengisytiharan 02 kerusi Parlimen itu mengikut Perkara 51, Perlembagaan Peseketuan.
00:52Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi umum mengusongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setia Wangsa pada Isnin selain keluar Parti Keadilan
01:00Rakyat PKR berkuatkuasa pada Selasa melalui surat kepada Setiausaha Agung Parti.
01:06Mereka kemudian mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia, sebuah parti politik berpangkalan di Pulau Pinang.
01:14Selain itu, yang di-Pertua Dewan Rakyat turut mengesahkan telah menerima notis perletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi.
Comments

Recommended