Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan komitmen akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran.
Transcript
00:00Semua parti komponen dalam kerajaan perpaduan termasuk Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah GRS dan Gabungan Parti Sarawak GPS
00:08menyatakan komitmen untuk terus menyokong dan bersama kerajaan pimpinan Dato' Sri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal pentadbiran.
00:17Jurucakap kerajaan Dato' Fahmi Fadil berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Jemah Menteri pada Rabu
00:22selepas Perdana Menteri menyentuh mengenai kemungkinan Perdana Raya Umum diadakan lebih awal.
00:27Yang amat berhormat Perdana Menteri telah menyatakan penghargaan terhadap komitmen semua rakan-rakan parti komponen dalam kerajaan madani
00:37khususnya Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah atau GRS dan Gabungan Parti Sarawak GPS
00:45yang telah menyatakan kekal bahawa parti-parti tersebut terus kekal menyokong dan akan bersama dengan kerajaan perpaduan
00:54segi tamat penggal pentadbiran. Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara
01:02sekaligus membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk menangani cabaran ekonomi,
01:09susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
01:16Beliau berkata demikian dalam sidang media Mingguan di Putrajaya pada Rabu.
01:21Pada Konvensyen Pakatan Harapan di Johor baru ahad lalu, Perdana Menteri membayangkan kemungkinan
01:26membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke-16 lebih awal jika rakan kerjasama dalam kerajaan perpaduan
01:34terus bertindak menggugat kestabilan politik di negara ini.
01:38Beliau berkata demikian susulan keputusan UMNO dan BN untuk bertanding di semua kerusi di Johor pada pilihan raya negeri PRN.
Comments

Recommended