00:00Institusi adat anak negeri Sabah terus diperkukuh menerusi pembangunan infrastruktur serta penambahbaikan sistem pentadbiran adat selaras agenda Sabah Maju Jaya
00:11SMJ yang menekankan kesejahteraan dan kestabilan Sabah.
00:15Ketua Menteri Datuk Seri Haji J. Nur berkata komitmen itu diterjemahkan antaranya melalui pembinaan mahkamah anak negeri di beberapa daerah
00:23termasuk tongot, putatan, nabawan, papar, tamparuli dan sup.
00:30Menurutnya kerajaan negeri bukan hanya menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan fizikal tetapi turut menitik beratkan pengukuhan institusi rakyat termasuk mahkamah
00:39anak negeri sebagai wadah penting memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan budaya di Sabah.
00:44Kata beliau usaha memperkukuh institusi mahkamah itu diteruskan dengan memastikan bidang kuasanya jelas dan mencukupi selain penambahbaikan prosedur yang lebih
00:54modern, teratur serta berkesan selaras keperluan semasa disamping disokong pegawai berintegriti dan berwibawa.
01:02Haji Ji turut mengingatkan ketua adat dan warga mahkamah anak negeri supaya meningkatkan prestasi dalam mengurus serta menyelesaikan aduan dan
01:11pertikaian membabitkan komuniti anak negeri.
01:13Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan terus memastikan penduduk Sabah mendapat akses kepada kemudahan asas, peluang ekonomi dan kualiti
01:21hidup lebih baik menerusi pembangunan wilayah yang seimbang.
01:25Tongot mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian dan ekopelancungan selain dikenali sebagai The Heart of Sabah berikutan kedudukannya di tengah
01:33-tengah negeri itu serta kekayaan alam semula jadi, hutan tropika dan biodiversiti unik.
01:41Ini membuktikan bahwa agenda Sabah Maju Jaya bukan sahaja menekankan pembangunan ekonomi dan fizikal,
01:52malah turut memberi perhatian serius terhadap pengukuhan institusi rakyat termasuk institusi anak negeri.
02:05Oleh itu, usaha memperkukuhkan mahkamah anak negeri perlu diteruskan dengan memastikan bidang kuasanya jelas dan mencekupi di samping membina struktur
02:22institusi yang mantap serta disokong oleh pegawai yang berintegriti dan berwibawa.
02:31Terima kasih.
02:31Terima kasih.
02:31Terima kasih.
02:32Terima kasih.
Comments