00:00Pihak pengurusan Samsung Electronics dan kesatuan pekerjanya gagal mencapai persetujuan pada Rabu sekaligus menjadi punca 48,000 pekerja melancarkan mogok
00:09pada Khamis.
00:10Situasi itu dijangka mengancam kesihatan ekonomi Korea Selatan serta berpotensi mengganggu bekalan semikonduktor global.
00:19Di bawah tekanan hebat daripada kerajaan dan kumpulan perniagaan bagi mengelak mogok,
00:25kedua-dua pihak sebelum ini cuba mencapai persetujuan berhubung pembayaran bonus sebelum mogok selama 18 hari bermula.
00:34Samsung dalam satu kenyataan memaklumkan kesatuan pekerja mengemukakan tuntutan yang tidak boleh diterima
00:40dan penerimaan terhadap tuntutan itu akan menggugat prinsip asas syarikat.
00:47Kesatuan pekerja menuntut supaya Samsung memansuhkan had bonus yang ditetapkan pada kadar 50%
00:53daripada gaji tahunan memperuntukkan 15% keuntungan operasi tahunan untuk bonus
01:00serta memastikan perubahan tersebut dimuktamadkan untuk tempoh melebihi setahun.
Comments