00:00Pasaran saham Iran dan instrumen kewangan berkaitan kembali beroperasi pada selasa selepas ditutup hampir 3 bulan.
00:07Pasaran pertukaran sekuriti Iran ditutup sementara sejak 28 Februari apabila perang Amerika-Israel terhadap negara itu tercetus.
00:18Selepas digantung selama 80 hari, pasaran saham dan pasaran dagangan instrumen kewangan berkaitan kini dibuka semula.
00:25Pengurusi pertubuhan sekuriti dan berusaha Iran, Hojatullah Saidi berkata, lebih 500 syarikat yang berjaya mengemukakan laporan kewangan dibenarkan memulakan dagangan
00:34pada hari pertama walaupun saham beberapa firma yang terjejas akibat konflik masih digantung.
00:39Lebih 40 syarikat terutamanya dalam sektor kimia dan logam asas masih belum menyambung dagangan berikutan kerusakan berkaitan perang.
00:46Merujuk kepada kesan berterusan perang dan peningkatan inflasi, beliau mengakui keadaan ekonomi semasa mencabar, namun kekal optimis.
00:55Tambahnya, keadaan ekonomi kini rumit mengakibat kesan perang dan peningkatan inflasi yang lebih tinggi berbanding tahun lalu.
01:02Namun begitu, laporan kewangan dan bajet syarikat menunjukkan bahawa 2 per 3 daripada syarikat berada dalam keadaan baik.
01:08Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa pasaran akan kembali stabil, cekap dan memberi pulangan lebih tinggi kepada pelabur serta institusi kewangan.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments