00:00Malaysia menggesa komuniti antarabangsa memperkukuh usaha kolektif dan memperdalam kerjasama bagi menangani krisis perumahan global yang semakin meruncing
00:08serta mempercepat pembangunan bandar mampan pada Forum Bandar Sedunia WUF13 di Baku, Azerbaijan.
00:16Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ngakoming yang juga Presiden Perhimpunan UN Habitat menyampaikan mesej tersebut semasa majlis pembukaan forum berkenaan.
00:28Dalam ucapannya, Koming menegaskan perumahan bukan sekadar infrastruktur, sebaliknya satu janji kepada generasi masa depan dan krisis perumahan global
00:38memerlukan kerjasama pelbagai hala yang lebih kukuh, iltizam politik serta daya tahan ekonomi.
00:45Beliau turut menegaskan dunia perlu menggandakan usaha melaksanakan agenda bandar baru di peringkat tempatan
00:52serta mempercepat pencapaian matlamat pembangunan mampan.
00:57Koming berkata hampir 2.8 bilion penduduk dunia mengalami ketidakjaminan perumahan dan menjelang 2040,
01:05lebih 2 bilion penduduk bandar akan berdepan risiko iklim yang semakin meningkat,
01:10sekaligus menjadikan pembangunan bandar yang berdaya tahan dan inklusif semakin mendesap.
01:15Beliau turut berkongsi pencapaian Malaysia dalam menyediakan lebih 1.1 juta rumah mampu milik,
01:23mencapai kadar pemilikan rumah sebanyak 77%, menanam lebih 115 juta pokok,
01:29serta memperluas pelaporan tempatan sukarela dalam kalangan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.
01:35Beliau juga menggesa pemimpin dunia untuk mengamalkan pendekatan urbanisme berteraskan manusia
01:42dengan memastikan dasar perancangan bandar bukan sahaja tertumpu kepada peta dan infrastruktur,
01:48tetapi juga kehidupan, maruah dan aspirasi komuniti,
01:53khususnya golongan rentan yang tinggal di penempatan tidak formal dan kawasan berisiko iklim.
01:59Ketika Malaysia bersedia menyerahkan jawatan Presiden Perhimpunan UN Habitat kepada Emilia Arab Bersatu tahun depan,
02:07KOMING menggesa semua negara peserta memberikan sumbangan bermakna terhadap seruan bertindak WUF-13
02:13bagi mewujudkan legasi global berkekalan untuk transformasi bandar mampan.
Comments