00:00Dua buruh didakwa di Mahkamah Magistret Kota Baru atas pertuduhan membunuh seorang lelaki orang kurang upaya OKU pembelajaran di sebuah
00:09rumah di kampung Binjai Bangu pada bulan lalu.
00:12Kedua-dua tertuduh Muhammad Hakim Zikrullah Muhammad Zamran dan Muhammad Irman Daniel Muhammad Afrizal yang masing-masing berusia 25 serta
00:2327 tahun hanya menganggup faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Magistret Raiz Imran Hamid.
00:30Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:39Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Zaki Fikri Muhammad Zainal di sebuah rumah di kampung Binjai Bangu kira
00:47-kira jam 11 malam pada 13 April lalu.
00:50Pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kandung Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara
00:59sehingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dihukum mati.
01:03Mahkamah menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes.
01:07Sementara itu, Muhammad Hakim dan Muhammad Irman bersama dua lagi rakan, Muhammad Arif Muhammad Zuki 25 dan Muhammad Aiman Shah
01:15Muhammad Azizi yang berusia 25 serta 26 tahun tidak mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Kota Baru
01:21atas pertuduhan melupuskan keterangan dan menyembunyikan bukti dengan membuang mayat mangsa.
01:27Mengikut pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa mengetahui kesalahan bunuh melibatkan Muhammad Zakir Fikri dan membuang mangsa di tepi jalan
01:36dengan niat mengelakkan Muhammad Hakim dan Muhammad Irman dikenakan tindakan ataupun hukuman undang-undang.
01:42Perbuatan itu dilakukan di Kampung Cap Bekelam dekat Bacok kira-kira pukul 3.30 pagi pada 14 April lalu.
01:50Keempat-empat lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 201, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda jika
02:00disabitkan kesalahan.
02:01Mahkamah kemudian menetapkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes.
02:05Terima kasih telah menonton!
Comments