Skip to playerSkip to main content
Operasi haji Malaysia tahun ini berjalan lancar mengikut perancangan, dengan hampir 31,600 jemaah haji kini telah berada di Tanah Suci dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi fasa Masyair. #LaporanHaji2026 #KhabarHaji2026
Transcript
00:00Operasi haji Malaysia tahun ini berjalan lancar mengikut perancangan dengan hampir 31,600 jemaah haji kini telah berada di Tanah
00:09Suci dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi Fasa Masyair.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ewal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata ketibaan penerbangan terakhir nanti akan menandakan keseluruhan jemaah
00:23Malaysia telah selamat tiba di Mekah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
00:30Beliau berkata kelancaran operasi haji setakat ini mencerminkan kecekapan pengurusan tabung haji yang terus diiktiraf sebagai antara model terbaik dunia
00:40dalam pengurusan haji.
00:41Setakat ini perjalanan operasi tabung haji berjalan lancar seperti yang dirancang dan saya amat berpuas hati dengan pengelolaan urusan jemaah
00:52haji oleh tabung haji pada tahun ini.
00:55Pastinya kecekapan tabung haji dalam pengurusan haji sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik dunia.
01:03bersyukur kerana saya dimaklumkan rata-rata jemaah haji Malaysia kini berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menjalani pemuncak
01:12ibadah haji.
01:14Operasi masyair yang akan menjelang tidak lama lagi.
01:17Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Mekah.
01:21Katanya setakat ini sebanyak 99 penerbangan sewa khas melalui amal by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines telah selamat mendarat di
01:29lapangan terbang Madinah dan Jeddah.
01:31Dengan penerbangan terakhir dijangka melengkapkan keseluruhan 100 penerbangan pada 9 malam Rabu waktu tempatan.
01:38Dalam masa sama beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas kerjasama erat serta peningkatan infrastruktur yang memberi keselesaan kepada
01:47jemaah.
01:48Katanya kemudahan seperti laluan berbumbung dan peluasan kawasan sekitar Masjidil Haram banyak membantu memperbaiki pengalaman jemaah sepanjang berada di Mekah.
Comments

Recommended