Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Laluan antara Kelantan, Pahang dan Perak akan dibuka melalui jalan lencongan sementara. Kerajaan negeri memaklumkan pembukaan ini penting untuk pengangkutan dan ekonomi, namun pengguna diingatkan supaya berhati-hati.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jalan Gua Musang, Lo Jing yang ditutup sejak 3 Disember tahun lepas akibat tanah runtuh, dijangka dibuka semula kepada pengguna
00:08pada 21 Mei ini.
00:11Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Raya Infrastruktur Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin berkata,
00:18pembinaan jalan lencongan sementara di lokasi terjejas kini hampir siap dan dijangka mula digunakan pada Khamis ini.
00:25Beliau berkata, pembukaan laluan itu amat penting bagi memulihkan semula hubungan pengangkutan antara Kelantan, Pahang dan Perak yang terjejas sejak
00:34kejadian tanah runtuh berlaku.
00:36Ia diharap memulihkan rangkaian pengangkutan serta merancakkan kembali sektor ekonomi antara negeri khususnya melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan logistik.
00:47Sebelum ini, Jalan Gua Musang, Lodging FT 185, Seksyen 107.6 di Pos Blau Runtuh dipercayai akibat pergerakan air bawah
00:58tanah.
Comments

Recommended