Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Malaysia dan Singapura memperkukuh kerjasama strategik sektor kesihatan melibatkan dasar pelabelan makanan, akses teknologi perubatan serta pelancongan kesihatan rentas sempadan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Transcript
00:00Malaysia dan Singapura terus memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor kesihatan melibatkan penyelarasan dasar pelabelan makanan, akses kepada teknologi perubatan serta
00:11pelancongan kesihatan rentas sempadan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
00:17Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya dari Singapura,
00:25Ong Yi Kung di Geneva, Switzerland pada selasa.
00:31Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata hubungan erat Malaysia dan Singapura dalam sektor kesihatan terus dipacu menerusi Memorandum Persefahaman, MOU,
00:39yang mencerminkan tahap kepercayaan suatu komitmen tinggi demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
00:45Menurut beliau, kedua-dua negara turut memperhalusi penyelarasan dasar pelabelan makanan NutriGrid sebagai langkah proaktif dan bersepadu bagi memerangi penyakit
00:54tidak berjangkit NCD di rantau ini.
00:56Dalam pada itu, Dr. Zulkifli berkata Malaysia menyambut baik pelaksanaan program pesandaran kawal selia peranti perubatan yang dijangka mempercepat akses
01:05teknologi perubatan berkualiti tinggi serta inovatif ke pasaran serantau.
01:09Katanya kedua-dua pihak turut meneroka potensi peluasan pelancongan kesihatan rentas sempadan dan masuk inisiatif memudah cara rujukan pesakit dari
01:18Singapura ke kemudahan swasta di Johor selain memperluas pelindungan insurans medisif.
01:24Tambah beliau, Malaysia kekal komited mendukung diplomasi serta kerjasama berasaskan sikap saling menghormati dan kemakmuran bersama.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended