Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Thailand akan menamatkan pengecualian visa 60 hari bagi puluhan negara termasuk UK, dengan kebanyakan pelawat perlu memohon visa untuk tinggal lebih 30 hari, atas faktor keselamatan dan kekeliruan sistem visa.
Transcript
00:00Warga negara United Kingdom termasuk dalam kalangan puluhan negara yang perlu memohon visa jika ingin tinggal di Thailand melebihi 30
00:08hari tidak lama lagi.
00:10Sejak Julai 2024, pelancong dari 93 negara dibenarkan memasuki Thailand tanpa visa sehingga 60 hari sebagai sebahagian usaha kerajaan merancangkan
00:21ekonomi pasca pandemik COVID-19.
00:25Namun, kerajaan Thailand pada selasa meluluskan rancangan untuk membatalkan pengecualian tersebut dengan tempoh penginapan baru akan ditentukan mengikut negara masing
00:35-masing.
00:35Langkah itu diambil atas faktor keselamatan dan kekeliruan dalam sistem visa sedia ada.
00:42Perdana Menteri Anutin Chan Virakum berkata, kerajaan mendapati dasar tersebut perlu disemak semula agar lebih sesuai dengan situasi semasa, khususnya
00:50dari sudut ekonomi dan keselamatan negara.
00:52Antara negara yang sebelum ini menikmati pengecualian visa 60 hari termasuk Australia, China, Perancis, Jerman, India, Itali, Sepanyol dan Amerika
01:03Syarikat.
01:03Menurut Kementerian Luar Thailand, kebanyakan negara tersebut kini perlu memohon visa bagi tempoh lawatan melebihi 30 hari walaupun terdapat perbezaan
01:11tempoh pengecualian berdasarkan perjanjian timbal balik dengan negara tertentu.
01:16Sistem visa baru ini akan berkuat kuasa 15 hari selepas diwartakan dalam Royal Gazette iaitu penerbitan rasmi kerajaan bagi pengumuman
01:24undang-undang dan peraturan.
01:26Thailand merupakan salah satu destinasi percutian utama di Asia dengan sektor pelancongan menjadi tonggak penting ekonomi negara.
01:33Negara itu mencatat hampir 40 juta pelawat pada tahun 2019 namun angka tersebut merosot ketara ketika pandemik dan hanya kembali
01:42pulih dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini.
01:45Setakat tahun ini, hampir 12 juta pelawat telah direkodkan.
01:49Namun begitu, beberapa warga asing telah ditahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini atas pelbagai kesalahan termasuk warga United Kingdom yang
01:58dikaitkan dengan penyeludupan dadah.
01:59Pada April lalu, polis Thailand turut menyerbu sebuah sekolah antarabangsa tidak berlesin di Bangkok dan menahan 10 warga asing yang
02:07bekerja tanpa permit kerja menurut laporan media tempatan ketika itu.
Comments

Recommended