Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Presiden Rusia Vladimir Putin tiba di Beijing untuk lawatan dua hari bagi bertemu Presiden China Xi Jinping, membincangkan hubungan dua hala, kerjasama ekonomi serta isu antarabangsa, ketika China mengimbangi hubungan dengan AS dan Rusia.
Transcript
00:00Presiden Rusia Vladimir Putin tiba di China pada malam selasa untuk bertemu dengan Presiden Xi Jinping kurang seminggu selepas Presiden
00:08Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan lawatan beliau ke Beijing.
00:13Lawatan Putin ke China akan diberi perhatian rapi ketika Beijing berusaha mengekalkan hubungan stabil dengan Amerika Syarikat sambil pada masa
00:20sama mengekalkan hubungan kukuh dengan Rusia.
00:25Ini merupakan lawatan ke-25 Putin ke Beijing atas jemputan Xi Jinping. Ia juga bersempena ulang tahun ke-25 perjanjian
00:34persahabatan China-Rusia yang ditandatangani pada tahun 2001.
00:38Menurut Kementerian Luar China, kedua-dua pemimpin dijaduakan bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama pelbagai bidang serta isu antarabangsa
00:46dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.
00:48Pihak Kremlin pula maklumkan bahawa Putin dan Jinping akan membincangkan kerjasama ekonomi antara kedua negara selain isu utama antarabangsa dan
00:56serantau.
00:57Upacara sambutan rasmi diadakan di lapangan terbang antarabangsa Beijing Capital dengan kawalan kehormatan tentera dan sekumpulan belia mengibarkan bendera China
01:05dan Rusia.
01:06China merupakan rakan dagang utama Rusia khususnya selepas Moskow melancarkan serangan berskala besar ke atas Ukraine pada tahun 2022.
01:15Beijing menegaskan pendiriannya sebagai neutral dalam konflik tersebut.
01:20Bagaimanapun, Beijing terus mengekalkan hubungan perdagangan dengan Kremlin meskipun berdepan sekatan ekonomi dan kewangan daripada Amerika Syarikat dan Eropah.
01:29PUCAS
Comments

Recommended