Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Jumlah korban konflik Lubnan meningkat kepada lebih 3,000 sejak Mac, ketika Presiden Lubnan berikrar menghentikan perang dan rundingan antarabangsa melanjutkan gencatan senjata 45 hari.
Transcript
00:00Jumlah korban akibat serangan Israel di Lubnan sejak 2 Mac lalu meningkat kepada 3,020 orang dengan 9,273 lagi
00:09cedera.
00:10Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan udara dan berdilan dilaporkan berterusan dari malam Ahad hingga pagi Isnin di beberapa kawasan khususnya
00:20di selatan Lubnan.
00:21Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Israel berhubung angka korban yang diumumkan.
00:27Presiden Lubnan Joseph Aoun menegaskan bahawa beliau akan melakukan segala usaha untuk menghentikan konflik termasuk apa yang disifatkannya sebagai langkah
00:38mustahil.
00:38Beliau turut menggariskan kerangka rundingan Lubnan yang merangkumi pengunduran tentera Israel, pelaksanaan gencatan senjata sepenuhnya, penempatan tentera Lubnan di kawasan
00:49sempadan,
00:50kepulangan penduduk yang terpaksa berpindah serta bantuan ekonomi dan kewangan.
00:54Menurut beliau, sebarang carangan di luar kerangka tersebut tidak akan diterima.
01:00Dalam perkembangan berkaitan, gencatan senjata dilanjutkan 45 hari hasil rundingan dengan pengantaraan Amerika Syarikat.
01:08Walaupun gencatan senjata masih berkuatkuasa, tentera Israel dilaporkan terus melancarkan serangan udara hampir setiap hari di selatan Lubnan.
01:17Israel mendakwa tindakan itu sebagai respon terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh Hezbollah selain operasi membongkar dan memusnahkan infrastruktur ketenteraan kumpulan
01:27tersebut.
01:28Situasi ini mencetuskan kebimbangan bahawa konflik berpotensi kembali memuncak, walaupun usaha diplomatik sedang giat dijalankan.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended