Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Tentera AS menyifatkan siasatan letupan sekolah di Iran sebagai kompleks selepas didakwa berlaku di kawasan pangkalan peluru berpandu IRGC. Insiden itu mengorbankan 168 kanak-kanak.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berasingan, siasatan tentera AS terhadap letupan yang memusnahkan sebuah sekolah perempuan di Minab, Iran disifatkan sebagai kompleks kerana
00:10lokasi kejadian didakwa berada dalam kawasan pangkalan peluru berpandu.
00:14Ketua Komando Pusat AS Sankom Brad Cooper berkata, sekolah berkenaan terletak dalam kawasan yang dikaitkan dengan tapak peluru berpandu kru
00:25pengawal revolusi Iran IRGC menjadikan penilaian situasi lebih sukar.
00:31Namun begitu, beliau menegaskan pihak tentera komited untuk bersikap telur sebaik saja siasatan selesai.
00:37Menurut laporan media, siasatan dalaman awal tentera Amerika mendedahkan terdapat kemungkinan bahawa serangan tersebut berpunca daripada operasi tentera pada hari
00:45pertama konflik.
00:46Menurut pihak berkuasa Iran, insiden yang berlaku pada 28 Februari itu dilaporkan mengorbankan 168 kanak-kanak, kebanyakannya pelajar perempuan.
00:54Sesulan laporan tersebut, Pentagon telah menaik taraf siasatan bagi meneliti secara lebih mendalam punca sebenar kejadian.
01:01Bagaimanapun, setakat ini penemuan rasmi masih belum diumumkan dan siasatan penuh dijangka mengambil masa.
Comments

Recommended