00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Kelantan menyita 42 kenderaan mewah menerusi Ops Luxury 2 yang dilaksanakan di seluruh negeri sejak 1
00:09Januari lepas atas pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
00:16Pengarah JPJ Kelantan Muhammad Miswari Abdullah berkata operasi khas itu bertujuan untuk memastikan pemilik kenderaan import dan mewah mematuhi Undang
00:26-Undang Jalan Raya serta mengelakkan ketirisan hasil kerajaan.
00:31Antara kesalahan utama yang dikesan ialah lesen kenderaan motor LKM tamat tempoh membabitkan 35 kes, tiada perlindungan insurans 31 kes,
00:41penggunaan nombor pendaftaran perdagangan palsu dan pertukaran enjin tanpa kebenaran.
00:46Katanya ada pemilik hanya memperbaharu insurans tetapi tidak menyambung cukai jalan.
00:51Semua kenderaan terbabit disita untuk siasatan lanjut selain mengelakkan kesalahan berulang.
00:57Antara model yang dikenakan tindakan ialah Porsche 911 GT3, Porsche Panamera V6, Jeep Wrangler, Toyota Alphard, Toyota Velfire, BMW 528i
01:09Limousine, Audi TTS dan Mercedes-Benz.
01:12Hasil operasi itu turut mendedahkan ketirisan hasil kerajaan dianggarkan RM34,547.80 setahun membabitkan bayaran cukai jalan bagi semua kenderaan
01:25yang disita.
01:25Kadar cukai jalan tertinggi direkodkan sebanyak RM6,612 setahun manakala paling rendah RM70 setahun.
01:34Beliau berkata status atau pemilikan kenderaan mewah bukan perisai untuk terlepas daripada tindakan penguatkuasaan.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments