Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dalam kenyataan ringkas, SNCC memaklumkan, kapal terakhir Alcyone yang membawa dua rakyat Malaysia iaitu Hareez Adzrami dan Chin, dipintas sekitar jam 8.25 malam waktu tempatan, pada Selasa.
Transcript
00:00Sumut Nusantara Command Center SNCC mengesahkan semua 10 kapal global sumut flotilla GSF yang dalam misi kemanusiaan ke Gaza dipintas
00:10tentera Israel.
00:12SNCC menerusi satu kenyataan ringkas memaklumkan kapal terakhir Al-Sioni yang membawa dua rakyat Malaysia iaitu Haris Adzrami dan Chin
00:21dipintas sekitar jam 8.25 malam waktu tempatan pada selasa.
00:29Manakala pada jam 7.44 malam kapal Zafiro yang membawa seorang wangga negara Malaysia Nur Tanisah turut dipintas.
00:38Sebelum itu kapal Don Juan yang membawa rakyat Malaysia Saeed Amirul ditahan rejim Zionis pada hari sama.
00:44SNCC dalam satu sidang media pada petang selasa maklumkan empat rakyat Malaysia berkenaan dijangka tiba di Gaza dalam masa sembilan
00:54jam berdasarkan kelajuan pelayaran dan keberadaan lokasi semasa.
00:58Ketua pengarah SNCC, Datuk Sani Arabi menifatkan ia sebagai pecutan terakhir menuju destinasi delegasi Malaysia tidak berpatah hati, tidak melarikan
01:09diri dan terus kehadapan walaupun berdepan risiko diculik.
01:14Jumlah rakyat Malaysia yang kini berada di bawah tahanan negara haram Israel adalah seraman 29 individu.
01:20Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sudah membuat bantahan berhubung tindakan rejim Zionis memintas misi kemanusiaan
01:31GSF 2.0 ke Gaza dan menahan lebih 100 aktivis termasuk rakyat Malaysia.
01:37Tegas Anwar Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis itu serta menuntut jaminan keselamatan dan pembebasan segera ke semua aktivis.
Comments

Recommended