Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor khususnya ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO, Ronnie Liu untuk mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Sultan Selangor bertitah, kunjungan ke plak monumen itu penting untuk mengimbas kembali sejarah lahirnya konsep Rukun Negara, apabila segalanya bermula ketika darurat diisytiharkan akibat tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Transcript
00:00Sultan Syarafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Selangor khususnya Adun Seri Kembangan.
00:08Wong Siu Ki dan bekas esko DAP Selangor, Roni Liu, mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati
00:17makna sebenar Rukun Negara.
00:19Sultan Selangor bertitah mereka disaran hadir seminggu sekali untuk mengimbas kembali sejarah lahirnya konsep Rukun Negara.
00:27Apabila segalanya bermula ketika darurat diisytiharkan akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
00:37Menerusi kenyataan pada selasa, dua nama itu dipetik secara khusus oleh baginda untuk mereka menghayati makna Rukun Negara
00:45agar sentiasa menjadi rakyat yang tahu hormat kepada kedaulatan institusi raja serta menjaga adab kesopanan dan kesusilaan.
00:54Titah itu selepas Sultan Syarafuddin berkongsi mengenai keberangkatan baginda ke Dataran Selangor untuk melihat sendiri Plak Monumen yang ditempatkan berhadapan
01:03tiang bendera negeri Selangor.
01:05Sultan Syarafuddin bertitah, Plak Monumen itu dibina dan dipasang pihak Jabatan Kerja Raya Selangor berserta dengan tempat duduk yang disediakan
01:13untuk pengunjung dengan kos dibiayai baginda sepenuhnya.
01:17Titah baginda dengan terbinanya Plak Monumen berkenaan, Matlis Gerakan Negara Magiran yang ditubuhkan sebagai badan pemerintah ketika itu telah berunding
01:26bersama anggotanya
01:27untuk melahirkan konsep Rukun Negara sebagai manifestasi ideologi kebangsaan bagi memperkukuh perpaduan di negara ini.
01:36Rentitan itu, Sultan Syarafuddin berharap orang ramai yang berkunjung ke Dataran Selangor, terutama generasi baharu,
01:41dapat membaca dan menghayati prinsip-prinsip asas Rukun Negara ini yang menjadi teras utama kepada perpaduan rakyat Malaysia.
Comments

Recommended