- 1 day ago
AWANI Borneo Selasa 19 Mei 2026 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. Bekas Pengarah JANS didapati bersalah, dipenjara 96 tahun
2. Cadangan tambah baik sistem kawalan diesel bersubsidi diteliti.
3. Sabah rancang dasar lebih menyeluruh penuhi keperluan atlet.
1. Bekas Pengarah JANS didapati bersalah, dipenjara 96 tahun
2. Cadangan tambah baik sistem kawalan diesel bersubsidi diteliti.
3. Sabah rancang dasar lebih menyeluruh penuhi keperluan atlet.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:31Sabah Rancang Dasar Lebih Menyeluruh Penuhi Keperluan Atlet
00:41Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah JNS didapati bersalah oleh Mahkamah Session Kota Kinabalu atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram
00:49berjumlah lebih RM45 juta 10 tahun lepas.
00:53Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu ke atas Awang Muhammad Tahir Muhammad Talib berusia 63 tahun selepas mendapati pihak
01:00pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan menasabah.
01:03Dalam keputusannya Awang Muhammad Tahir dikenakan hukuman penjara keseluruhan selama 96 tahun.
01:10Terdahulu, Hakim menjatuhkan hukuman 8 tahun penjara bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.
01:19Beliau juga turut dikenakan denda keseluruhan sebanyak RM284.3 juta dan sekiranya gagal membayarnya boleh dipenjara selama 78 bulan.
01:29Bagaimanapun, Mahkamah melepas dan membebaskan Fauziah Piyot 61 tahun iaitu isteri Awang Muhammad Tahir atas pertuduhan sama manakala bekas timbalan
01:39pengarah jabatan itu Lim Lan Beng 72 tahun yang berdepan 4 pertuduhan serupa turut dibebaskan.
01:46Selepas beberapa siri penangguhan, perbicaraan yang bermula pada 7 Mei 2018 dengan pihak pendawaan memanggil 46 saksi di hadapan Hakim
01:55Sama, sepanjang proseding berlangsung pihak pembelaan telah memanggil seramai 15 saksi.
02:01Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Sabah dan Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016 dan 13
02:09Oktober hingga 8 November 2016 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
02:182001.
02:25Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kejadian kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal di Jalan Fukhin Batu 12
02:34Sandakan pada Isni Malam.
02:35Menurut Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomber Jimmy Lagung, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8
02:43.38 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Sandakan
02:48dikejarkan ke lokasi kejadian.
02:51Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40 x 80 kaki persegi dengan hampir keseluruhan struktur musnah.
03:00Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air daripada jentera water tanker.
03:07Tambah Jimmy, mangsa rentung berusia 81 tahun ditemui bomba di ruang tamu rumah jam 10.44 malam.
03:16Mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama tujuh yang lain dan dipercayai terperangkap ketika kebakaran.
03:21Kebakaran berjaya dipadamkan sekitar jam 9.35 malam.
03:36Impact krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini terutama membabitkan kestabilan harga kos operasi industri dan
03:44pasaran buruh.
03:45Menteri Ekonomi Ahmad Nasrullah Mohd Nasir berkata tekanan bekalan global sedang dipantau kerana kesan tidak semisinya berlaku setemerta.
03:52Sebaliknya boleh berlaku secara berperingkat terhadap harga barangan, kos operasi industri, pekerjaan dan pebelanjaan isi rumah.
03:59Dari sudut pasaran buruh, prestasi guna tenaga negara masih kukuh dengan kadar pengangguran kekal pada paras guna tenaga penuh iaitu
04:112.9%.
04:13Ini menunjukkan asas ekonomi domestik masih stabil walaupun persekitaran global semakin mencabar.
04:23Jadi angka ini akan menjadi asas untuk kita bertindak lebih awal, lebih tersusun, proaktif dan responsif kerana kita tahu suku
04:33pertama itu merangkumi Januari hingga Mac.
04:36Jadi impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini.
04:44Jelasnya, pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar KDNK negara sebanyak 5.4% pada suku pertama 2026.
04:53Selain itu, kadar pengangguran yang kekal pada tahap guna tenaga penuh menjadi asas kukuh kepada kerajaan untuk mengambil langkah lebih
05:01tersusun, proaktif dan responsif dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
05:05Beliau menegaskan pertumbuhan KDNK Malaysia lebih baik berbanding beberapa ekonomi utama dunia yang telah mengumumkan prestasi KDNK suku pertama 2026
05:15termasuk Singapura 4.6%, Filipina 2.8% dan China 5.0%.
05:25Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 pada selasa meneliti cadangan penambahbaikan sistem kawalan diesel bersubsidi SKDS yang dibentangkan Kementerian Pendangan
05:34Dalam Negeri dan Kos Sarihidup KPDN.
05:37Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata cadangan penambahbaikan itu melibatkan penyelarasan kuota subsidi diesel secara seimbang bagi memperkukuhkan kawalan
05:46ketirisan tanpa menjejaskan operasi perniagaan dan juga rantaian bekalan.
05:52Sehubungan itu, Akmal Nasrullah menjelaskan M10 telah bersetuju dengan perkara tersebut disusuri selanjutnya oleh KPDN.
06:02Berdasarkan data Majlis Subsidi setakat 9 April 2026, sebanyak lebih 358,000 kenderaan telah berdaftar di bawah SKDS.
06:16Jumlah ini melibatkan lebih 375,500 kenderaan pengangkutan darat barangan dan sekitar 23,000 kenderaan pengangkutan awam.
06:31Selain itu, Akmal Nasrullah berkata M10 turut mendengar perbentangan daripada Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia FMM berhubung impak krisis tenaga dan
06:40gangguan bekalan global terhadap industri pembuatan negara.
06:44Menurut beliau, sektor pembuatan kekal sebagai antara pemacu utama ekonomi negara terutama dari segi sumbangan kepada ekspor, peluang pekerjaan, pelaburan
06:52dan rantaian bekalan domestik.
06:54Katanya tinjauan FMM melibatkan 225 syarikat daripada kira-kira 4,200 ahli merangkumi 29 subsektor pembuatan mendapati, tekanan yang dihadapi
07:05industri adalah menyeluruh.
07:075 subsektor dikenalpasti paling terkesan ialah otomotif dan komponen, makanan dan minuman, plastik dan pembungkusan, kimia dan petrokimia, serta elektrikal
07:17dan elektronik.
07:18Tekanan berkenaan memberi kesan berangkai kepada kos pengeluaran, kelancaran operasi, penghantaran ekspor dan keupayaan syarikat mengekalkan momentum pertumbuhan.
07:27Mengenai perusahaan kecil dan sederhana BKS pula, kerajaan telah menyediakan sokongan pembiayaan bersasar termasuk SME Stabilization Relief Facility oleh Bank
07:37Negara Malaysia berjumlah RM5 bilion.
07:40Langkah tersebut bagi membantu kumpulan itu mengekalkan aliran tunai dan memastikan kesinambungan operasi.
07:55Terima kasih telah menonton!
08:28Terima kasih telah menonton!
08:48Kerajaan memberi jaminan peruntukan bagi kegiatan sukan dan kebajikan atlet akan tetap dipelihara walaupun negara berdepan dengan kekangan kewangan.
08:56Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata bidang sukan negara terus menjadi tumpuan apabila berjaya membuktikan prestasi lebih positif berbanding
09:03jangkaan awal.
09:04Saya bagi jaminan, beritahu dah Taufik dalam syurah Jemaah Menteri, acara kegiatan dan kebajikan sukan tetap kita perlihara sepenuhnya, tidak
09:18ada petongan.
09:23Jangan bimbang, tadi saya tengok atlet dia macam bimbang sedikit susah hati.
09:26No, no, no, no. Don't worry. Itu is not my problem, is not your problem, is the minister's problem.
09:35Jadi, mudah-mudahan kita lihat kejayaan yang terus di negara kita, kita sudah sampai tahap yang membanggakan.
09:46Perdana Menteri turut meminta kementerian belia dan sukan menggunakan sebarang lebihan peruntukan untuk tujuan kebajikan atlet.
09:53Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di Bukit Jalil pada Selasa.
10:02Dalam hal itu, peruntukan lebih besar dan konsisten akan diberikan kepada kemajuan sukan negeri Sabah bagi memastikan lebih banyak aktiviti
10:10dapat dijalankan
10:11serta penyediaan prasarana sukan yang modern dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan atlet untuk berlatih dengan lebih selamat dan
10:18efisien.
10:19Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jino memaklumkan, merisi dasar sukan yang dirancang, kerajaan pimpinannya sedang berusaha ke arah pembentukan budaya
10:27sukan
10:27dan peningkatan tahap kesihatan rakyat negeri dengan memberikan peluang sama rata kepada semua lapisan masyarakat.
10:33Bagi memastikan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan serta penyediaan prasarana sukan yang modern dari semasa bagi memenuhi keperluan atlet untuk
10:48berlatih dengan lebih efisien dan selamat.
11:04Haji Jino juga mahu semua pihak berkaitan dalam pembangunan sukan termasuk jurulatih, pengurus dan atlet
11:10agar sentiasa memanfaatkan semua kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan masing-masing.
11:18Haji Jino berkata demikian pada majlis penyampaian insentif kemenangan di Dewan Ban Kuasi Menara Kinabalu pada selasa.
11:25Dalam majlis itu, lebih RM383,000 insentif kemenangan diserahkan kepada atlet Sabah yang memenangi pingat pada termasuk jurulatih
11:34sukan C-ADC ke-33 dan para ASEAN ke-13 di Thailand tahun lalu.
11:39Saya berharap insentif ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh.
11:47Jangan jadikan kejayaan hari ini sebagai nokta.
11:51Sebaliknya ialah ia titik mula untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
11:59Seramai 91 orang atlet dari Sabah telah mewakili negara di sukan C-2025 dan telah membantu kontingen negara memenangi 5
12:07pingat emas, 14 perak dan 11 gangsa.
12:11Manakala di para ASEAN pula, seramai 22 atlet Sabah telah terpilih dan berjaya membawa pulang kejayaan besar dengan 14 pingat
12:20emas, 9 perak dan 4 gangsa.
12:24Kejayaan Kucing CTFC menyertai saingan Liga Juara-Juara Asia 2 ACL 2 disifatkan sebagai peluang besar untuk memperkasa promosi pelancongan
12:34Sarawak di peringkat antarabangsa.
12:36Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Sedi Persembahan dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata,
12:42kehadiran pasukan dan penyokong dari negara Asia bakal memberi limpahan ekonomi serta nilai promosi yang besar kepada negara itu.
12:53menangani klub di mana Cristiano Ronaldo bermain.
12:59Kemudian dia akan datang ke Kucing untuk bermain.
13:03Dan setiap sebuah peluang-peluang di negara-negara yang saya nampingkan tadi,
13:08yang telah menemukan tempat yang baik.
13:11dan kita harus berterima kasih kepada tim yang mempunyai Kucing FC untuk dapat mencapai keadaan itu.
13:23Tambahnya perlawanan melibatkan klub-klub terbaik dari Jepun, Korea Selatan, China dan Timur Tengah
13:29bakal menarik perhatian peminat bola sepak antarabangsa terhadap Kucing dan Sarawak.
13:33Jadi, daripada perspektif turisme,
13:37jika penyokong harus dibuat di sini,
13:39anda akan berkata,
13:40anda akan melihat tim,
13:42anda akan melihat penyokongan,
13:44dan
13:46adik-adik perhatian,
13:47banyak orang.
13:48Di mana tempat ini, Kucing?
13:51Marketing,
13:52mereka yang terlibat dengan promosi dan sebagainya,
13:55anda boleh lihat berapa banyak duit,
13:57miliar yang diperlukan hanya untuk mempromosikan.
14:00Dalam masa sama, Abdul Karim berkata,
14:03Sarawak juga bersedia memanfaatkan limpahan ekonomi
14:06melalui penganjuran acara sukan berskala besar
14:09termasuk SEA Games dan ACL 2.
14:12Sesulan itu,
14:13beliau yakin Sarawak berada di landasan tepat
14:15untuk mencapai sasaran 5 juta pelawat tahun ini
14:18selepas mencatat hampir 4.97 juta ketibaan pelawat tahun lepas.
14:24Beliau berkata demikian pada sedang media
14:26selepas menyampaikan ucapan penggulungan
14:29dua portfolio kementeriannya
14:31di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak
14:33di Kucing pada Selasa.
14:38Laporan itu tadi mengakhiri Awani Bonio untuk malam ini.
14:41Saya Jasmina Wubakar.
14:42Terima kasih kerana bersama kami.
14:43Assalamualaikum.
14:43Kita jumpa lagi.
Comments