Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kepercayaan awam kini menjadi 'mata wang' utama organisasi kemanusiaan ketika tuntutan terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus beretika terus meningkat dalam persekitaran operasi yang semakin mencabar.
Transcript
00:00Kepercayaan awam kini menjadi mata wang utama organisasi kemanusiaan ketika tuntutan terhadap ketelusan,
00:08accountability dan takbir urus beretika terus meningkat dalam persekitaran operasi yang semakin mencabar.
00:15Menurut Mersi Malaysia, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Institusi Bukan Berasaskan Keuntungan
00:20kini berdepan tekanan lebih tinggi untuk memastikan pengurusan kewangan, accountability
00:25serta pengurusan sumber yang diamanahkan dilaksanakan secara bertanggungjawab dan telus.
00:33Presidennya Prof. Dr. Ahmad Faizal Mohd Firdaus berkata organisasi kemanusiaan ketika ini beroperasi berasaskan kepercayaan awam.
00:42Justeru pengukuhan takbir urus dan integriti bukan sahaja tanggungjawab institusi
00:47tetapi juga kewajipan moral kepada komuniti yang dibantu dan masyarakat secara keseluruhan.
00:52Beliau turut menegaskan integriti, ketelusan dan tindakan berprinsip perlu terus menjadi teras kerja kemanusiaan
01:00ketika lanskap sektor itu terus berkembang dan berdepan cabaran baharu.
01:05Sehubungan itu, Mersi Malaysia pada selasa menganjurkan Bengkil Takbir Urus dan Accountability 2026 di Ibu Negara
01:12bagi memperkukuh standar takbir urus dalam sektor kemanusiaan dan NGO.
01:17Bengkil itu menghimpunkan wakil agensi pengawal selia dan penguatkuasa, profesional audit dan takbir urus,
01:23institusi akademik serta pengamal kemanusiaan untuk membincangkan usaha meningkatkan ketelusan,
01:30mengurus risiko pematuhan serta memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap organisasi kemanusiaan.
01:36Antara fokus utama perbincangan termasuk memperkukuh amalan accountability organisasi,
01:41membina rangka kerja integriti yang lebih kukuh untuk NGO
01:44serta memastikan pengurusan bantuan kemanusiaan terus mematuhi prinsip ketelusan dan takbir urus yang baik.
Comments

Recommended