00:00Ekonomi Jepun berkembang pada kadar tahunan sebanyak 2.1% pada suku pertama tahun ini. Ia sekaligus menunjukkan negara itu
00:09berada di landasan pemulihan kukuh sebelum kejutan tenaga akibat konflik Asia Barat yang menjejaskan prospek ekonomi.
00:19Peningkatan dalam keluaran dalam negara kasar KDNK sebenar Jepun itu lebih tinggi daripada unjuran median pasaran sebanyak 1.7%
00:28selepas mencatatkan kenaikan disemak semula sebanyak 0.8% pada suku Oktober hingga Disember sebelumnya.
00:36Berdasarkan perbandingan suku ke suku, ekonomi Jepun berkembang 0.5% berbanding jangkaan median pasaran sebanyak 0.4%.
00:45Penganalisis menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan perlahan dalam beberapa suku akan datang berikutan kesan konflik Asia Barat yang telah menyebabkan gangguan
00:54luar biasa terhadap bekalan tenaga global semakin meruncing.
Comments