Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Birol memberi amaran bahawa dunia masih mempunyai bekalan untuk beberapa minggu lagi, namun semua pihak perlu menyedari bahawa stok tersebut sedang berkurangan dengan pantas.
Transcript
00:00Stok minyak komersial di seluruh dunia merosot dengan bekalan yang hanya berbaki untuk beberapa minggu akibat kesan konflik di Asia
00:07Barat.
00:08Berucap dalam mesyuarat Menteri Kewangan di Paris, pengarah Eksekutif International Energy Agency, IEA, Fatih Biro berkata,
00:15pelepasan rezab strategik yang diputuskan pada Mac telah menyediakan sekitar 2.5 juta tong sehari.
00:22Namun, beliau membeli amaran rezab tersebut adalah terhad.
00:26Merujuk kepada stok komersial atau inventori minyak mentah yang tersedia untuk dijual,
00:31Biro memberi amaran dunia masih mempunyai bekalan untuk beberapa minggu lagi tetapi semua pihak perlu menyedari stok tersebut sedang berkurangan
00:39dengan pantas.
00:41Pada 11 Mac, kesemua 32 anggota IEA sebulat suara bersetuju menyalurkan 400 juta tong minyak daripada rezab kecemasan mereka ke
00:50pasaran
00:50sebagai tindak balas terhadap gangguan bekalan yang berpunca daripada konflik Asia Barat.
00:56Kehilangan bekalan semakin meningkat dari selat hormon sedang mengurangkan inventori minyak global pada kadar rekod,
01:02manakala ketidaktentuan harga dijangka terus berlaku menjelang tempoh permintaan puncak musim panas.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended