Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata tekanan bekalan global sedang dipantau secara rapi kerana kesannya tidak semestinya berlaku serta-merta tetapi boleh bergerak secara berperingkat kepada harga barang, kos operasi industri, pekerjaan dan perbelanjaan isi rumah.
Transcript
00:00Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, terutama membabitkan kestabilan harga kos operasi industri dan
00:09pasaran buruh.
00:10Menteri Ekonomi Ahmad Nasrullah Muhammad Nasir berkata, tekanan bekalan global sedang dipantau kerana kesan tidak semestinya berlaku serta-merta.
00:19Sebaliknya, boleh berlaku secara berperingkat terhadap harga barangan, kos operasi industri, pekerjaan dan perbelanjaan isi rumah.
00:28Dari sudut pasaran buruh, prestasi guna tenaga negara masih kukuh dengan kadar pengangguran kekal pada paras guna tenaga penuh iaitu
00:402.9%.
00:41Ini menunjukkan asas ekonomi domestik masih stabil walaupun persekitaran global semakin mencabar.
00:51Jadi, angka ini akan menjadi asas untuk kita bertindak lebih awal, lebih tersusun, proaktif dan responsif kerana kita tahu suku
01:02pertama itu merangkumi Januari hingga Mac.
01:05Jadi, impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini.
01:12Jelasnya, pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar KDNK negara sebanyak 5.4% pada suku pertama 2026.
01:22Selain itu, kadar pengangguran yang kekal pada tahap guna tenaga penuh menjadi asas kukuh kepada kerajaan untuk mengambil langkah lebih
01:29tersusun, proaktif dan responsif dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
01:33Beliau menegaskan pertumbuhan KDNK Malaysia lebih baik berbanding beberapa ekonomi utama dunia yang telah mengumumkan prestasi KDNK suku pertama 2026
01:44termasuk Singapura 4.6%, Filipina 2.8% dan China 5.0%.
01:51Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended