Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Ikuti langsung taklimat krisis bekalan global oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah.
Transcript
00:00Contohnya, Singapura 4.6%, Filipina 2.8% dan Cina pada 5.0%.
00:10Namun, dari segi angka Malaysia lebih buruh, prestasi guna tenaga negara masih kukuh dengan kadar pengangguran Indonesia pada 5.6%.
00:20Dari sudut pasaran buruh, prestasi guna tenaga negara masih kukuh dengan kadar pengangguran kekal pada paras guna tenaga penuh iaitu
00:322.9%.
00:34Ini menunjukkan asas ekonomi domestik masih stabil walaupun persekitaran global semakin mencabar.
00:43Jadi, angka ini akan menjadi asas untuk kita bertindak lebih awal, lebih tersusun, proaktif dan responsif kerana kita tahu suku
00:54pertama itu merangkumi Januari hingga Mac.
00:58Jadi, impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri
01:10dan juga pasaran buruh.
01:12Bagi tempoh 11 hingga 15 Mei 2026, purata harga minyak mentah brand meningkat secara sederhana sebanyak 3.5% daripada
01:27US$106.16 setung bagi tempoh 5 hingga 8 Mei 2026 kepada US$109.85 setung.
01:40Peningkatan ini didorong oleh sentimen pasaran tenaga global, susulan ketidaktentuan geopolitik yang masih berlaku dan juga kebimbangan terhadap kestabilan bekalan
01:53minyak mentah dunia.
01:54Dalam tempoh yang sama, kita juga teliti dari segi harga minyak mentah brand yang bergerak dalam julat yang masih tinggi
02:04iaitu antara US$105.62 setung hingga US$112.15 setung.
02:13Jadi pergerakan ini menggambarkan pasaran yang masih sensitif terhadap risiko geopolitik dan jangkaan permintaan tenaga global khususnya daripada ekonomi utama
02:27Asia.
02:28Saya beralih pula ke gas asli, cecair ataupun LNG untuk kita lihat bahawa purata harga meningkat sedikit iaitu sebanyak 1
02:39.7% daripada US$17.41 per milion BTU kepada US$17.71 per milion BTU.
02:54Peningkatan ini menunjukkan pasaran gas global masih berada dalam keadaan terkawal dengan inventori yang mencukupi di pasaran utama dunia.
03:05Sementara itu, dalam sektor tenaga juga, kita teliti dari segi harga arang batu yang mana menunjukkan penurunan sebanyak 1.3
03:16% daripada US$133.19 per ton metrik kepada US$131.50 per ton metrik.
03:31Perkembangan ini menunjukkan permintaan dan bekalan arang batu global masih seimbang khususnya bagi sektor penjanaan elektrik di Asia.
03:43Setakat ini, kita juga lihat dari segi kesan kepada pasaran kewangan domestik yang masih terkawal.
03:50Indeks FBM KLCI ditutup pada paras 1,740.22 mata pada 15 Mei berbanding 1,748.06 mata pada 8
04:06Mei 2026 iaitu penurunan 7.84 mata atau sekitar 0.4%.
04:15Sepanjang tempoh 11 hingga 15 Mei juga, indeks tersebut bergerak dalam julat kecil antara 1,740.22 mata hingga 1
04:27,750.56 mata pada penghujung dagangan harian.
04:33Ini menunjukkan sentimen pelabur masih berhati-hati tetapi tidak berlaku gangguan pasaran yang mendadak.
04:43Hari ini juga kita telah mendapat data terkini yang dinyatakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ataupun DOZEM untuk kita lihat kos
04:54sari hidup iaitu melalui indeks harga pengguna ataupun IHP bagi bulan April 2026.
05:03yang mana melalui indeks ini kita laporkan kadar inflasi negara.
05:09Jadi, kadar inflasi telah menunjukkan peningkatan kepada 1.9% berbanding 1.7% pada Mac 2026.
05:21Walaupun terdapat peningkatan, kadar inflasi Malaysia masih sederhana dan terkawal berbanding beberapa negara serantau dan ekonomi utama dunia.
05:34Jadi, kalau kita bandingkan dengan negara seperti Filipina, inflasinya pada 7.2%, Vietnam 5.5%, Indonesia pada 2.4%
05:50dan Republik Korea pada 2.6%.
05:55Jika kita teliti dari segi peningkatan inflasi domestik, terutamanya dipengaruhi oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat daripada 1.6% pada
06:09Mac 2026
06:10kepada 4.1% kepada 4.1% pada April 2026.
06:16Faktor utama adalah kenaikan purata harga diesel di semenanjung Malaysia kepada RM5.92 se-liter berbanding RM4.12 se-liter
06:28pada Mac 2026
06:30serta kenaikan harga RM97 kepada RM5.06 se-liter berbanding RM4.03 sebelum ini atau bulan sebelumnya.
06:43Untuk kumpulan maklumat dan komunikasi, turut mencatat peningkatan kepada 2% berbanding 1.4% berbanding bulan sebelumnya.
06:54Ini antaranya dipengaruhi oleh kenaikan dari segi harga yuran, langganan televisyen prabayar dan bil pasca bayar talian telefon bimbit.
07:04Namun begitu, kumpulan utama lain bila kita teliti seperti makanan dan minuman serta perumahan masih kekal terkawal dan tidak mencatat
07:16perubahan yang ketara.
07:17Ini menunjukkan tekanan inflasi domestik masih tertumpu kepada komponen tertentu dan belum merebak secara menyeluruh kepada perbelanjaan isi rumah.
07:30Trend harga barang ataupun harga bahan makanan juga masih stabil.
07:36Purata harga bahan makanan terpilih yang dipantau untuk tempoh 11 hingga 17 Mei 2026 secara keseluruhannya bergerak dalam lingkungan negatif
07:483.8% hingga 4.7% berbanding minggu sebelumnya.
07:54Perkembangan ini menunjukkan langkah pemantauan dan intervensi kerajaan masih berperanan dalam mengekalkan kestabilan bekalan serta mengurangkan tekanan kos sehari hidup
08:08rakyat.
08:09Sebagai sebahagian daripada usaha untuk kita tingkatkan ketelusan dan kesiapsagaan awam, angka-angka yang saya nyatakan tadi juga boleh disemak
08:20melalui dashboard pemantauan krisis bekalan global
08:24yang mana kita telah muat naik dan boleh diakses oleh orang awam melalui laman sesawang Kementerian Ekonomi sejak 15 Mei
08:36yang lepas.
08:36Bagi mengurangkan tekanan kos sehari hidup susulan peningkatan harga bahan api global, kerajaan akan meneruskan intervensi bersasar.
08:48Ini termasuk mengekalkan bantuan budi madani diesel sebanyak RM300 sebulan serta bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima yang layak.
09:01Bagi pesawah, insentif pembajakan kepada pesawah ataupun IPKP sebanyak RM300 seheta mula disalurkan pada hari ini.
09:15Langkah ini penting kerana kos bahan api dan kos operasi pertanian boleh memberi kesan terus kepada rantaian bekalan makanan.
09:26Program ini juga turut diperluas ke kawasan desa dan kampung terpilih supaya rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada
09:35harga 5 hingga 30%
09:37yang ini untuk tujuan jualan rahmah yang mana kita perluaskan lagi juga harga 5 hingga 30% lebih rendah berbanding
09:48harga pasaran semasa.
09:50Untuk mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara ataupun M10 pada hari ini, kita telah mendengar pembentangan daripada Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia
10:03ataupun Federation of Malaysian Manufacturers, FMM, berhubung impak krisis tenaga dan gangguan bekalan global terhadap industri pembuatan negara.
10:15Sektor pembuatan merupakan antara pemacu utama ekonomi negara khususnya dari segi sumbangan kepada eksport, peluang pekerjaan, pelaburan serta rantaian bekalan
10:30domestik.
10:31Jadi pihak FMM telah mengadakan tinjauan yang melibatkan 225 syarikat daripada kira-kira 4,200 syarikat ahli FMM
10:45yang mana tinjauan itu merangkumi 29 subsektor pembuatan menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi industri adalah menyeluruh.
10:57Isu utama yang dibangkitkan meliputi bekalan bahan mentah, peningkatan kos logistik, tekanan aliran tunai, daya saing eksport, perancangan pelaburan serta
11:09keperluan mengekalkan guna tenaga.
11:12Dan menerusi tinjauan tersebut, FMM mengenalpasti lima subsektor yang paling terkesan iaitu otomotif dan komponen, makanan dan minuman, plastik dan
11:25pembukusan, kimia dan juga petrokimia serta elektrikal dan elektronik.
11:31Secara keseruannya, dapatan tersebut menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi industri pembuatan telah memberi kesan berangkai kepada kos pengeluaran, kelancaran operasi,
11:46penghantaran eksport dan keupayaan syarikat untuk mengekalkan momentum pertumbuhan.
11:52Jadi kita bagi ruang kepada pihak industri untuk menyatakan pandangan mereka.
12:00Justru di pihak kerajaan pula, kita sedia maklum bahawa perusahaan kecil dan sederhana atau PKS adalah lebih terdedah berikutan ruang
12:12kewangan mereka lebih terhad untuk menyerap tekanan kos yang berpanjangan.
12:18Sekiranya keadaan ini tidak ditangani secara berkesan, ia boleh menjejaskan output negara, prestasi eksport, pelaburan masa hadapan dan juga pendapatan
12:31isi rumah.
12:31Oleh itu, kerajaan telah pun menyediakan sokongan pembiayaan yang bersasar bagi membantu PKS mengekalkan aliran tunai, mengurus tekanan kos dan
12:46memastikan kesinambungan operasi.
12:49Sokongan ini termasuk SME Stabilization Relief Facility yang mana SME SRF ini digerakkan oleh Bank Negara Malaysia berjumlah RM5 bilion
13:04bagi menyediakan pembiayaan modal kerja kepada PKS yang terkesan.
13:10Selain itu, kerajaan turut menyediakan sokongan jaminan pembiayaan kepada PKS melalui program syarikat jaminan pembiayaan perniagaan berhad ataupun SJPP
13:25merentas sektor ekonomi termasuk sektor pembuatan tertakluk kepada kelayakan skim.
13:32Jadi, kita juga bagi maklum balas kepada FMM bahawa SJPP ini juga layak untuk dimohon oleh industri pembuatan.
13:42Kerajaan juga menghargai usaha syarikat-syarikat yang mengambil langkah dalaman untuk kita terus kekalkan guna tenaga dalam keadaan tekanan yang
13:54dihadapi.
13:55Ini supaya pekerjaan itu dapat dipertahankan.
13:58Seterusnya, M10 hari ini turut meneliti cadangan penambahbaikan sistem kawalan diesel bersubsidi
14:09atau yang dikenali sebagai SKDS yang dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hari Hidup atau KPDN.
14:19Berdasarkan data MySubsidi setakat 9 April 2026, sebanyak lebih 358,000 kenderaan telah berdaftar di bawah SKDS.
14:34Jumlah ini melibatkan lebih 375,500 kenderaan pengangkutan darat barangan dan sekitar 23,000 kenderaan pengangkutan awam.
14:48Cadangan penambahbaikan SKDS tersebut adalah mengenai penyelarasan kuota subsidi diesel yang akan dilaksanakan secara seimbang supaya kawalan ketirisan dapat diperkukuhkan
15:05tanpa menjejaskan operasi perniagaan dan rantaian bekalan.
15:10Maksudnya, perkara ini juga selari agar supaya subsidi kita yang kita salurkan ini lebih bersasar.
15:19Jadi M10 bersetuju, perkara ini akan disesuli selanjutnya oleh pihak KPDN untuk perincian untuk makluman pihak industri juga.
15:31Sebagai rumusan untuk ketika ini, sepanjang tempoh krisis, M10 telah bersidang secara berkala sebanyak 10 kali, termasuk misyuarat pada hari
15:46ini untuk kita menilai situasi semasa dan mempercepat tindakan kerajaan.
15:52Setakat 12 Mei 2026, sebanyak 24 kertas perbentangan merentasi 13 sektor ekonomi telah kita bincangkan dengan 96 keputusan diminikkan.
16:07Daripada jumlah tersebut, 11 keputusan telah selesai dan 78 keputusan masih dalam peringkat pelaksanaan.
16:16Ini menunjukkan pendekatan kerajaan bukan bersifat reaktif semata-mata.
16:23Sebaliknya, tindakan kita adalah secara berterusan melalui pemantauan mingguan, penyelarasan merentas kementerian dan semakan status tindakan bagi memastikan setiap keputusan
16:40diterjemahkan kepada pelaksanaan yang segera dan berkesan.
16:46Kerajaan akan terus mengurus krisis ini berdasarkan empat keutamaan.
16:52Iaitu yang pertama adalah untuk kita menjamin bekalan, khususnya makanan, tenaga, ubat-ubatan dan barangan keperluan.
17:06Kedua, memanjangkan dan mengoptimumkan bekalan sedia ada melalui pengurusan subsidi, kawalan ketirisan dan penguatkuasaan.
17:19Ketiga, mengekang kenaikan harga supaya tekanan kos tidak dipindahkan sepenuhnya kepada rakyat.
17:29Dan keempat, memanfaatkan peluang baru termasuk dalam biodiesel, bahan api lestari dan juga sumber alternatif.
17:40Jadi, kerajaan akan terus memperkukuh libat urus bersama industri, persatuan perniagaan, kementerian, agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan lain
17:55supaya setiap maklum balas dapat dinilai secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dasar dimuktamadkan.
18:05Dalam mendepani cabaran ini, keutamaan kerajaan adalah untuk kita kekal kepada kesejahteraan rakyat dan daya tahan ekonomi negara.
18:15Angka KDNK yang baik memberi keyakinan, tetapi realiti kos sehari hidup rakyat, tekanan operasi industri dan ketidaktentuan global
18:28menuntut kita untuk terus berhati-hati dan bertindak pantas.
18:34Kita tidak dapat mengawal sepenuhnya harga minyak dunia atau konflik geopolitik global.
18:40Namun, kita boleh mengawal kesiapsiagaan negara, ketepatan dasar, keberkesanan pelaksanaan dan keadilan dalam menyalurkan bantuan.
18:53Itulah tumpuan kerajaan pada masa ini.
18:56Sekian, wa bilahi taufiq wa lidayah.
18:59Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
19:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended