Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan maut dalam insiden tembakan di luar Islamic Center of San Diego, manakala dua remaja lelaki yang dipercayai suspek ditemukan maut akibat tembakan dipercayai dilepaskan sendiri.
Transcript
00:00Sementara itu, ibu bapa dilihat berkumpul untuk mengambil anak masing-masing dari sebuah sekolah berhampiran masjid di San Diego pada
00:08Isnin.
00:09Susulan insiden tembakan yang mengorbankan tiga lelaki di luar kawasan berkenaan.
00:14Menurut pihak berkuasa, dua remaja lelaki bersenjata melepaskan tembakan di luar pusat Islam San Diego menyebabkan tiga lelaki terbunuh termasuk
00:23seorang pengawal keselamatan.
00:24Puluhan anggota penguatkuasa yang dikerahkan ke lokasi menemukan mayat tiga mangsa di luar bangunan masjid termasuk pengawal keselamatan yang dipercayai
00:34membantu mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.
00:37Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca yang mencetuskan insiden berkenaan serta bagaimana kejadian tembakan itu berlaku.
00:46Dalam pada itu, semua pelajar di sekolah dalam kompleks masjid berkenaan dilaporkan selamat dan telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa.
Comments

Recommended