00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Isnin mengulangi keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO yang mengisytiharkan wabak Ebola sebagai kecemasan kesihatan
00:11awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa.
00:14Keputusan itu dibuat susulan risiko tinggi penularan penyakit berkenaan ke luar sempadan Republik Demokratik Kongo selepas dua kes disahkan di
00:23Kampala, Ibu Negara Uganda.
00:25Juru cakap PBB Farhan Hak berkata keputusan itu turut menunjukkan kemungkinan wabak berkenaan sebenarnya lebih besar daripada yang dikesan ketika
00:35ini.
00:36Menurut beliau, situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap potensi penularan lebih meluas di rantau berkenaan.
00:43Wabak semasa berpunca daripada virus Bundibuyo yang berbeza daripada strain Z, iaitu jenis Ebola yang lebih lazim ditemui.
00:53Setakat ini, strain Bundibuyo belum mempunyai rawatan khusus mahupun vaksin yang diluluskan.
Comments