Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau menangguhkan serangan yang dirancang terhadap Iran bagi memberi ruang kepada rundingan mengenai usaha menamatkan perang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa beliau menangguhkan serangan yang dirancang terhadap Iran bagi memberi ruang kepada rundingan mengenai usaha
00:10menamatkan perang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel.
00:13Trump menerusi hantaran di platform True Social memaklumkan beliau telah mengarahkan tentera Amerika supaya tidak melaksanakan serangan yang dijadwalkan pada
00:22selasa.
00:23Namun kekal bersedia melancarkan serangan berskala besar pada bila-bila masa sekiranya tiada persetujuan dicapai.
00:33Bagaimanapun tiada pengumuman rasmi sebelum ini mengenai rancangan serangan tersebut dan tidak dapat disahkan sama ada persiapan ketenteraan benar-benar
00:42sedang dilakukan.
00:43Trump sebelum ini beberapa kali menyatakan harapan supaya perjanjian damai dapat dicapai bagi menamatkan konflik yang tercetus susulan serangan udara
00:53Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada Februari lalu.
00:57Konflik itu turut memberi tekanan kepada Washington untuk mencapai persetujuan yang dapat membuka semula laluan perdagangan di Strat Hormuz, laluan
01:06utama pengantaran minyak dunia yang kini terjejas akibat sekatan Iran.
01:10Menurut Trump, pemimpin Qatar, Arab Saudi dan Emirah Arab Bersatu UAE meminta beliau menangguhkan serangan kerana percaya satu perjanjian yang
01:21boleh diterima semua pihak akan dicapai.
01:24Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran cadangan yang sedang dirundingkan.
01:29Jurucakap Kementerian Luar Iran Ismail Bagi mengesahkan pandangan Tehran telah disampaikan kepada pihak Amerika melalui Pakistan.
01:37Sumber Pakistan turut mengesahkan Islamabad menyerahkan cadangan terbaru Iran kepada Washington namun mengakui rundingan masih sukar kerana kedua-dua pihak
01:48sering mengubah tuntutan masing-masing.
01:51Menurut Sumber Kanan Iran, cadangan baru itu hampir sama dengan tawaran terdahulu yang pernah ditolak Trump pada minggu lalu.
01:58Cadangan tersebut memberi fokus kepada penamatan perang, pembukaan semula silat hormus dan penarikan sekatan maritim manakala isu program nuklear Iran
02:07serta pengayaan uranium akan dibincangkan dalam rundingan seterusnya.
02:12Sumber Sama Turut mendakwa, Washington bersetuju melepaskan sebahagian dana Iran yang dibekukan di bank asing serta menunjukkan sikap lebih fleksibel
02:22terhadap aktiviti nuklear aman Iran di bawah pemantauan agensi tenaga atom antarabangsa.
02:27Bagaimanapun, pihak Washington belum mengesahkan sebarang persetujuan dicapai dalam rundingan itu.
02:33Bagaimanapun, pihak Washington belum mengesahkan sebarang persetujuan dicapai dalam rundingan itu.
Comments

Recommended