00:00Jangkitan saluran penafasan seperti batuk dan sakit tekak masalah kesihatan paling tinggi dilaporkan dalam kalangan Jemaah Haji Malaysia di Tanah
00:09Suci.
00:10Timbalan Ketua Rombongan Haji Kesihatan Dr. Mohd Zamri Harun berkata, keadaan cuaca panas, persekitaran berdebu serta kehadiran jutaan jemaah di
00:20kawasan yang sama telah menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan dalam tempoh menjelang kemuncak ibadah haji.
00:28Menurut beliau, selain batuk dan sakit tekak, masalah kulit kering serta keletihan akibat pergerakan juga antara kes yang sering direkodkan
00:35pasukan perubatan.
00:37Bagi mengurangkan risiko, jemaah dinasihatkan menjaga kesihatan dengan pengambilan air yang mencukupi serta mengurangkan aktiviti luar terutama pada waktu siang.
00:45Dalam pada itu, katanya jemaah yang mempunyai penyakit kronik juga diingatkan supaya terus mengambil ubat seperti biasa bagi mengelakkan komplikasi
00:53kesihatan.
00:53Ok, saya menyeru kepada semua jemaah haji bila seminggu tak akhir nanti, banyakkan rehat dan minum air di maktab masing
01:05-masing dan juga jangan memaksa diri untuk pergi solat di Masjid Haram.
01:12Kerana kita nak fokuskan untuk semua dapat berhukuf di Arafah, supaya semua dapat haji.
01:20Semoga semua dapat haji yang mabrol.
Comments